Search

Search

TopButtons

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan Dan Maklumbalas
Peta Laman

KETUA JABATAN

Dr Thiyagar  Nadarajaw

Ketua Jabatan Pediatrik (Gred Khas C)
MMed (Paediatrics)(USM). Fellowship in Adolescent Medicine(RCH-Australia)


JABATAN PEDIATRIK

 

VISI

Memastikan perkhidmatan berkualiti kepada bayi, kanak-kanak dan remaja dari daerah Kota Setar serta latihan berterusan kepada staf professional demi meningkatkan mutu perkhidmatan yang terkini dan canggih

MISI

Meningkatkan  piawaian dan kualiti penjagaan dan perawatan yang optima kepada pelanggan menerusi pembangunan perubatan mengikut perkembangan teknologi semasa.

WAWASAN

Memberi perkhidmatan terbaik untuk pelanggan,merangkumi perkhidmatan pendiagnosaan perawatan rapi,pemulihan dan promosi kesihatan yang berkualiti.

 

OBJEKTIF
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan yang berkualiti, berkesan dan menyeluruh kepada bayi , kanak-kanak dan remaja di seluruh negeri kedah.
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan rapi yang berkesan untuk bayi dan kanak-kanak.
  • Mempraktikan status Hospital Rakan Bayi dan menggalakkan pelaksanaan Hospital Rakan Kanak-Kanak.
  • Berusaha untuk mengurangkan mortalitI bayi dan kanak-kanak dibawah  umur 5 tahun.
  • Memberi perkhidmatan sebagai pusat rujukan untuk perkhidmatan rawatan rapi pediatrik di seluruh negeri kedah.
  • Menjalankan aktiviti latihan kemahiran perawatan pesakit secara berterusan kepada staf paramedik, pegawai Perubatan siswazah, pegawai perubatan dan pakar klinikal.

PIAGAM PELANGGAN

  • Setiap pelanggan akan diberi rawatan perubatan yang berkualiti.

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra dan cekap.

  • Anda dihormati, diberi privasi dan maklumat peribadi anda akan disimpan dengan selamat dan sulit sepanjang masa.

  • Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan.

  • Berjanji akan memberi pendidikan dan kaunseling kesihatan kepada semua pelanggan yang memerlukannya. 

  • Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara yang berkaitan seperti berikut sebelum dibenarkan pulang : (bagi rawatan ulangan).
    • maklumat temujanji (rawatan ulangan)
    • surat rujukan (jika perlu)
    • ubat-ubatan (jika perlu)
    • nasihat perubatan\



FUNGSI JABATAN 

Pesakit Dalam

  1. Rawatan kepakaran untuk kanaka-kanak berumur 1 bulan ke 12 tahun
  2. Rawatan kepakar Neonatal Intensive Care
  3. Rawatan kepakaran Paediatric Intensive Care service
  4. Rawatan kepakaran perubatan remaja
  5. Perkhidmatan stand-by di bilik bersalin dan Dewan pembedahan kelahiran berisiko tinggi
  6. Perkhidmaatn Post Natal Baby Check di Jabatan O&G
  7. Perkhidmatan asas brain ultrasonography & echocardiography untuk bayi di Special Care Nursery(SCN)/Neonatal Intensive Care Unit(NICU)
  8. Perkhidmatan untuk pesakit dari subkepakaran paediatric surgical, paediatric dental, Paediatric ORL & neurosurgical subspecialty when necessary

Pesakit Luar

  1. Perawatan kepakaran pesakit susulan di klinik pakar pediatrik
  2. Menerima rujukan kes baru dari jabatan lain, klinik kesihatan, hospital tanpa pakar dan fasiliti kesihatan swasta
  3. Perkhidmatan High risk neonate clinic kepada bayi
  4. Perkhidmatan Klinik Transition
  5. Perkhidmatan Combine paediatric-rehabilitation clinic
  6. Perkhidmatan Non Invasive Ventilation Clinic
  7. Perkhidmatan pakar melawat dari subkepakaran Cardiology, Neurology, Respiratory, Endocrinology, Nephrology, Infectious Disease & Haemotology

Rawatan Harian

  1. Rawatan harian transfusi darah kepada pesakit Thalasemia
  2. Rawatan harian pemberian ubat kemotherapi, Immunoglobulin
  3. Venepuntur untuk pesakit rawatan susulan
  4. Perkhidmatan Sedation for diagnostic radio imaging

Lawatan ke Hospital tanpa pakar secara berkala

  1. Lawatan pakar ke hospital Yan, Kuala Nerang dan Jitra

Latihan

  1. Menjalankan latihan "Neonatal resuscitation programme", Acute Paediatric Emergency untuk paramedik, pegawai Perubatan siswazah, pegawai Perubatan dan pakar klinikal
  2. Latihan Postgraduate Master/MRCPCH  kepada pegawai perubatan.
  3. Latihan kepada jururawat postbasik swasta dan kerajaan
  4. Latihan kepada pelajar perubatan Institut pengajian tinggi swasta

Jadual perkhidmatan klinik pakar pediatrik

HARI KLINIK MASA
AHAD Rawatan harian Thalasemia 8.00 pagi- 12.30 Tgh
ISNIN Pediatrik Am Non- invasive 8.00 pagi- 12.30 Tgh
SELASA Pediatrik Am Perubatan Remaja 8.00 pagi- 12.30 Tgh
RABU Pediatrik Am High Risk Neonate 8.00 pagi- 12.30 Tgh
KHAMIS Thalasemia Transition 8.00 pagi- 12.30 Tgh
Combine Rehabilitation (sebulan sekali) 8.00 pagi- 12.30 Tgh

Klinik Lawatan Subkepakaran
KLINIK DARI KEKERAPAN
KARDIOLOGI Hospital Pulau Pinang Sebulan sekali
RESPIRATORI 4 bulan sekali
NEFROLOGI 3 bulan sekali
NEUROLOGI 4 bulan sekali
ENDOKRINOLOGI 3 bulan sekali
PENYAKIT BERJANGKIT  2 bulan sekali
HEMATOLOGI 3 bulan sekali

 

Footer

Polisi Dasar | Polisi Keselamatan | Peta Laman | Peta Lokasi | Bantuan dan Sokongan
Kemaskini Terakhir : 28 November 2021 | 23 Rabiulakhir 1443H oleh BPM-HSBAS
Penafian : Hospital Sultanah Bahiyah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.
Hak Cipta Terpelihara : 2020-2021 Hospital Sultanah Bahiyah