Search

Search

TopButtons

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan Dan Maklumbalas
Peta Laman
 Rekod

 


PENGENALAN

Jabatan Rekod Perubatan merupakan jabatan yang memberikan perkhidmatan sokongan kepada Hospital Sultanah Bahiyah. Jabatan ini telah di pertanggungjawabkan untuk menguruskan laporan perubatan, menguruskan rekod-rekod pesakit, menguruskan pengumpulan statistik hospital dan juga ianya merupakan pusat sumber dan pusat rujukan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan perawatan pesakit. Pada tahun 2008, dasar operasi jabatan ini telahpun tercapai sasaran yang ditetapkan. Dari segi pengurusan rekod perubatan  pesakit, 50% beroperasi melalui sistem EHIS dan 50% lagi masih beroperasi secara manual. Walaubagaimanapun pemantauan pergerakan rekod perubatan pesakit telah berjalan dengan berkesan. Ini berdasarkan NIA penghantaran rekod perubatan setelah pesakit didiscaj dalam masa 72 jam oleh wad iaitu 98.62%.

PERKHIDMATAN UTAMA YANG DISEDIAKAN

.   Mengendalikan semua urusan berkaitan dengan penyimpanan dan pengurusan rekod perubatan dengan selamat dan teratur. Jabatan ini juga adalah penjaga kepada

     rekod perubatan yang disimpan di unit lain dan klinik-klinik pakar.
.    Menguruskan penyediaan pelbagai laporan perubatan termasuk laporan bedah siasat, laporan perubatan yang dipohon oleh pihak polis, insurans, jabatan kerajaan,

     KWSP dan orang perseorangan.
.    Menguruskan penubuhan Lembaga Perubatan bagi kes yang dirujuk oleh Ketua Jabatan Kerajaan, swasta dan penubuhan lembaga PERKESO bagi kes yang diminta oleh

     pihak PERKESO.
.    Menyediakan laporan statistik hospital secara rutin iaitu dihantar secara bulanan, tahunan atau secara ”adhoc” ke Jabatan Kesihatan Negeri dan di kemukakan ke

     Pusat Informatik Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
.    Mengendalikan pelupusan rekod-rekod perubatan yang telah mencapai tempoh simpanan selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara

     Malaysia.
.    Melakukan pengesahan laporan perubatan yang disediakan oleh Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Bahiyah untuk tujuan pengeluaran wang KWSP.

Footer

Polisi Dasar | Polisi Keselamatan | Peta Laman | Peta Lokasi | Bantuan dan Sokongan
Kemaskini Terakhir : 28 November 2021 | 23 Rabiulakhir 1443H oleh BPM-HSBAS
Penafian : Hospital Sultanah Bahiyah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.
Hak Cipta Terpelihara : 2020-2021 Hospital Sultanah Bahiyah