Search

Search

TopButtons

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan Dan Maklumbalas
Peta Laman

 

Unit Pemulihan CaraKerja



PENGENALAN

DEFINISI

Pemulihan Carakerja adalah satu profesion yang berkaitan dengan mempromosi kesihatan dan kesejahteraan melalui pekerjaan.

Matlamat utama Pemulihan Carakerja adalah untuk membolehkan seseorang pesakit melibatkan diri dalam aktiviti seharian dengan cara menggalakkan mereka melakukan sesuatu perkara yang dapat mendorong penglibatan mereka atau dengan cara mengubahsuai persekitaran demi mendapatkan kerjasama yang lebih baik dari pelbagai pihak. (WFOT 2004)

LATAR BELAKANG

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja telah bermula semenjak dari tahun 1976 lagi untuk rawatan pemulihan bagi pesakit-pesakit dari Jabatan Ortopedik, Perubatan, Surgikal, Pediatrik dan Psikiatri. Tahun 2007, Unit Pemulihan Carakerja telah berpindah dan beroperasi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Jalan Langgar manakala perkhidmatan Jabatan Rehabilitasi bermula pada tahun 2013. Perkhidmatan Pemulihan Psikiatrik masih kekal di Hospital Alor Setar sehingga kini.

Pemulihan Carakerja di HSB merupakan pusat rujukan utama di negeri Kedah dan juga khusus untuk populasi dalam Daerah Kota Setar. Pada masa kini unit beroperasi dengan kapasiti anggota seramai 24 orang yang terdiri daripada 21 anggota dari gred U29 hingga gred tertinggi U44 manakala 3 anggota lagi adalah Pembantu Perawatan Kesihatan. Peningkatan anggota ini seiring dengan penambahan pelbagai sub kepakaran untuk memberikan perkhidmatan yang lebih efisyen dan berkualiti kepada pelanggan.

 

VISI

Menjadikan Unit Pemulihan Carakerja Hospital Sultanah Bahiyah sebagai pusat perkhidmatan pemulihan carakerja yang berkualiti, cekap dan profesional setara dengan perkembangan perkhidmatan kesihatan terkini.

 

MISI

Memberikan perkhidmatan pemulihan Carakerja yang berkualiti tinggi untuk semua pelanggan supaya hak-hak pelanggan dapat dipenuhi secara optima.

 

OBJEKTIF

  • Memberikan rawatan pemulihan carakerja dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pesakit luar yang dirujuk.
  • Memberikan rawatan pemulihan carakerja dalam tempoh 24 jam hari bekerja untuk pesakit dalam yang dirujuk.
  • Memastikan perkhidmatan pemulihan diberikan kepada pelanggan oleh anggota yang berkelayakan dengan amalan rawatan yang sesuai, cekap, berkualiti dan berkesan serta berpandukan ‘Standard of Practice” terkini yang sedang digunapakai oleh perkhidmatan pemulihan Carakerja Malaysia.

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Masa menunggu klien yang telah berdaftar sehingga mendapat rawatan adalah 10-30 minit. Perkhidmatan disediakan mengikut temujanji yang sesuai dan dan memudahkan klien.
  • Keutamaan akan diberikan kepada klien yang menepati temujanji yang ditetapkan kecuali kes-kes tertentu (kes segera).
  • Klien akan dirawat dalam tempoh tidak kurang daripada 30 minit untuk satu sesi rawatan.
  • Semua pesakit Dalam yang dirujuk kepada Unit Pemulihan Carakerja akan diberi rawatan serta merta atau dalam masa 24 jam.
  • Semua pesakit Luar yang dirujuk dalam Unit Pemulihan Carakerja akan diberi rawatan serta merta atau dalam masa 3 hari bekerja dan bergantung kepada keperluan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja disediakan untuk pesakit dalam, pesakit luar, dan Klinik Kesihatan, institusi dan komuniti di agensi kerajaan/swasta.

Perkhidmatan yang diberikan seperti yang disenaraikan :-

  • Pemulihan Pediatrik
  • Pemulihan Psikiatri
  • Pemulihan Neurologi
  • Pemulihan Pembedahan
  • Pemulihan Perubatan
  • Pemulihan Ortopedik
  • Pemulihan Spinal (Saraf Tunjang)
  • Pemulihan Amputasi
  • Pemulihan Kecederaan tangan
  • Pemulihan Diabetic foot
  • Pemulihan Surgikal / Pembedahan Am
  • Pemulihan Luka kebakaran
  • Pemulihan Pra-memandu
  • Pemulihan Return to work
  • Pemulihan Dalam Komuniti
  • Pemulihan Low Vision
  • Pemulihan Jantung
  • Pemulihan Psikososial
  • Pendidikan Diabetes
  • Pemulihan Paliatif
  • Pemulihan Onkologi
  • Perkhidmatan Stroke Step Down Care
  • Pain Management
  • Pemulihan Geriatrik
  • Perkhidmatan Kluster

  

SISTEM PENYAMPAIAN

Perkhidmatan Pemulihan Pesakit dalam dan luar beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Ditutup pada hari minggu dan hari kelepasan am.

MODALITI RAWATAN

  • Penilaian dan latihan aktiviti seharian
  • Penilaian dan latihan fizikal / muskuloskeletal
  • Penilaian dan latihan pra – sekolah
  • Penilaian dan latihan kerusi roda
  • Penilaian dan latihan pra – memandu
  • Penilaian dan latihan pekerjaan / pre-vokasional
  • Penilaian dan cadangan pengubahsuaian rumah, tempat kerja dan sekolah
  • Penilaian dan latihan perkembangan sensori-motor kanak – kanak
  • Penilaian dan pengubahsuaian tingkahlaku
  • Penilaian dan nasihat tentang alat bantuan dan pengubahsuaian peralatan / persekitaran
  • Penilaian dan latihan kognitif dan persepsual
  • Pakaian tekanan (pressure garment)
  • Penilaian dan latihan terapi kreatif
  • Latihan psikososial
  • Memberi khidmat nasihat dan pendidikan kepada pesakit dan penjaga
  • Terapi relaksasi
  • Penilaian dan pengurusan kesakitan
  • Penilaian dan latihan sensori
  • Penilaian dan latihan kefungsian motor
  • Memfabrikasi splint dan khidmat nasihat anggota palsu
  • Penilaian dan latihan masalah penglihatan terhad (low vision)
  • Cognitive stimulation therapy

Footer

Polisi Dasar | Polisi Keselamatan | Peta Laman | Peta Lokasi | Bantuan dan Sokongan
Kemaskini Terakhir : 28 November 2021 | 23 Rabiulakhir 1443H oleh BPM-HSBAS
Penafian : Hospital Sultanah Bahiyah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.
Hak Cipta Terpelihara : 2020-2021 Hospital Sultanah Bahiyah