Search

Search

TopButtons

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan Dan Maklumbalas
Peta Laman

UNIT KUALITI

PENGENALAN

Unit Kualiti ditubuhkan pada bulan Julai 2001 di Hospital Besar, Alor Setar bagi menjalankan aktiviti peningkatan kualiti.Kini Unit Kualiti telah berpindah ke aras 2, Hospital Sultanah Bahiyah. Unit ini memastikan semua aktiviti peningkatan kualiti dilaksanakan oleh semua jabatan dan unit  seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Aktiviti-aktiviti ini dipantau dan dianalisa serta  memastikan data  pencapaian  yang diperolehi adalah tepat.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Memastikan semua reten HPIA/KPI, Incident Reporting (IR) dan lain-lain dihantar Ke Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Mengumpulkan dan menyemak laporan Shortfall In Quality (SIQ) dari jabatan / unit yang berkaitan bagi indikator-indikator yang tidak berjaya mencapai standard yang ditetapkan.
  • Memastikan kajian kepuasan pelanggan menurut kaedah servqual seluruh hospital dijalankan setiap dan dianalisa setelah borang-borang yang lengkap diterima.
  • Menyediakan sistem dokumentasi yang sistematik bagi semua aktiviti peningkatan kualiti
  • Menguruskan permohonan Privileging kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah
  • Memastikan pelaksanaan Patient Safety Goals dan Clinical Risk Management di hospital, mengumpul dan menganalisa data dan memberi maklumbalas pencapaian ke Kementerian Kesihatan Malaysia setiap tahun.
  • Unit Kualiti merupakan Sekretariat Hospital Kluster Kedah Utara
  • Unit Kualiti menyelaras pelaksanaan Lean Healthcare di hospital
  • Unit Kualiti merupakan koordinator Patient Safety Awareness Course for House Officers Dan Patient Safety Assessment For House Officers.
  • Menyelaras projek-projek aktiviti peningkatan kualiti seperti Clinical Audit, Hospital Specific Approach, Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) dan Inovasi.



Footer

Polisi Dasar | Polisi Keselamatan | Peta Laman | Peta Lokasi | Bantuan dan Sokongan
Kemaskini Terakhir : 28 November 2021 | 23 Rabiulakhir 1443H oleh BPM-HSBAS
Penafian : Hospital Sultanah Bahiyah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.
Hak Cipta Terpelihara : 2020-2021 Hospital Sultanah Bahiyah