Search

Search

TopButtons

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan Dan Maklumbalas
Peta Laman

Respiratori

 

Jabatan Perubatan Respiratori Hospital Sultanah Bahiyah memainkan peranan penting dalam usaha memartabkan tahap kesihatan respiratori di daerah Kota Setar khususnya dan Negeri Kedah amnya . Dengan adanya dua Pakar Klinikal Respiratori perkhidmatan respiratori ini dapat dapat disediakan dengan lebih  meluas . Jabatan Perubatan Respiratori masih beroperasi di Hospital Sultanah Bahiyah cawangan Lebuhraya Darulaman dan dapat beroperasi dalam persekitaran yang kondusif dan ruang yang luas di mana wad-wad telah dinaiktaraf dan memberi keselesaan kepada pesakit dan kakitangan .  Sistem penyimpanan data pesakit berkomputer telah dilaksanakan di jabatan ini dan dengan adanya peralatan terkini seperti  “ Full Lung Function Test “,   “ Fitness Test “ ,  “ Sleep Study “ dan Bronkoskopi telah menjadikan jabatan ini tempat rujukan utama bagi penyakit berkaitan dengan paru-paru di Malaysia.

 

MISI

Ke arah meningkatkan kesedaran anggota masyarakat berkaitan kesihatan respiratori dari bayi hingga sepanjang hayat secara positif melalui pendidikan kesihatan bagi mencapai kehidupan yang produktif.

 

VISI

Menjana rakyat negeri Kedah Darulaman dari pelbagai etnik dan semua peringkat umur yang sentiasa sihat melalui rawatan sistematik lagi efisen. Aplikasi teknologi perubatan terkini yang mesra pesakit bagi kesejahteraan hidup rakyat negeri Kedah.

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Layanan mesra dan penyayang untuk semua pesakit luar dan dalam.
  2. Kemudahan pemeriksaan diagnostik dan makmal dalam masa 1 jam.
  3. Kaedah rawatan tercanggih, berkesan dan selamat.
  4. Kaedah pendidikan kesihatan yang mesra pesakit serta terbukti berkesan untuk meningkatkan tahap kesihatan.

 

OBJEKTIF

Memberi tumpuan kepada semua jenis penyakit yang berkaitan dengan saluran pernafasan manusia.

 

FUNGSI

Sebagai pusat rujukan bagi kawasan utara dalam rawatan penyakit saluran pernafasan. Menyediakan bantuan mendiagnosis penyakit seperti tibi, bronchiol Asma, Sleep Apnoe, cancer paru-paru dan semua yang berkaitan dengan pernafasan.

Footer

Polisi Dasar | Polisi Keselamatan | Peta Laman | Peta Lokasi | Bantuan dan Sokongan
Kemaskini Terakhir : 28 November 2021 | 23 Rabiulakhir 1443H oleh BPM-HSBAS
Penafian : Hospital Sultanah Bahiyah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.
Hak Cipta Terpelihara : 2020-2021 Hospital Sultanah Bahiyah