Search

Search

TopButtons

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan Dan Maklumbalas
Peta Laman



Jabatan Perubatan

 

PENGENALAN

Jabatan Perubatan merupakan salah satu disiplin kepakaran yang terdapat di Hospital Sultanah Bahiyah. Jabatan ini memberi tumpuan kepada perkhidmatan perubatan pesakit dalam dan pesakit luar. 

Jabatan Perubatan Hospital Sultanah Bahiyah menyediakan dua cabang perkhidmatan iaitu perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam. Perkhidmatan pesakit luar merangkumi:-
- Klinik- klinik pakar
- Unit Endoskopi
- Unit Haemodialisis dan CAPD
- Pusat Jagaan Harian (Daycare)
- IDC (Integrated Diabetic Resource Centre)
- Fundus camera
- EEG (Electroencephalogram) dan NCS (Nerve Conduction Study)
- Echocardiogram
- Liver Shear Wave Elastrography
- Suntikan botox

Manakala perkhidmatan pesakit dalam merangkumi penjagaan pesakit di wad- wad perubatan dan ICU. 

VISI 

Menjadikan Jabatan Perubatan Dalaman sebagai pusat rujukan dan kecemerlangan dalam perkhidmatan rawatan perubatan dalaman dan penjagaan pesakit

 

MISI 

Memberi perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada pesakit berlandaskan ciri- ciri budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu , Profesionalisme, Perkhidmatan Penyayang dan Kerja Berpasukan. 

 

PIAGAM PELANGGAN

- Setiap pelanggan akan diberi rawatan perubatan yang berkualiti pada setiap masa
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, sopan dan bertimbang rasa.
- Setiap pelanggan diberi jaminan kerhormatannya. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberikan kepada pihak tertentu dengan keizinnya.
- Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan perubatan yang dicadangkan.
- Berjanji akan memberi pendidikan kaunseling kepada semua pelanggan yang memerlukan

 

OBJEKTIF

Jabatan Perubatan bertekad untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan klinikal serta menyediakan platfom untuk melatih pakar-pakar perubatan.

 

FUNGSI

Sub kepakaran yang terdapat di Jabatan Perubatan :

I. Perubatan dalaman
II. Nefrologi
III. Gastroenterologi
IV. Penyakit berjangkit
V. Endokrinologi
VI. Hematologi
VII. Neurologi
VIII. Geriatrik
IX. Paliatif
X. Rheumatologi

 

WAWASAN

Meningkatkan taraf kesihatan rakyat melalui perkhidmatan perubatan yang berkualiti, selamat dan adil pada setiap masa

 

PERKHIDMATAN UTAMA YANG DISEDIAKAN

Menjadi pusat rujukan kepakaran dan kes ulangan dari luar jabatan serta  kes dari unit - unit kepakaran lain, klinik kesihatan, hospital-hospital daerah, klinik swasta di dalam dan di luar negeri Kedah.

 

Memberi perkhidmatan rawatan kepakaran dalaman serta prosidur perubatan bagi memastikan pesakit berada didalam stabil bagi mengurangkan komplikasi dan mortiliti.

 

Memberi perkhidmatan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan orang awam khususnya untuk program diabetes dan penyakit berjangkit / retroviral

 

Sebagai tempat menjalani latihan praktikal / elektif untuk pelajar perubatan dan program sarjana / Lepasan Ijazah : -

- Program Sarjana Perubatan.

- Program Sarjana Penyakit Dalaman.

- Program Sarjana Perubatan Keluarga.

- Program Latihan Berterusan.

- Program Pembelajaran Untuk Pegawai Perubatan Siswazah.

- Program Pembelajaran Penempatan Elektif Pelajar Perubatan

- Program Kursus Dalam Jadual Anjuran Jabatan

Footer

Polisi Dasar | Polisi Keselamatan | Peta Laman | Peta Lokasi | Bantuan dan Sokongan
Kemaskini Terakhir : 28 November 2021 | 23 Rabiulakhir 1443H oleh BPM-HSBAS
Penafian : Hospital Sultanah Bahiyah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.
Hak Cipta Terpelihara : 2020-2021 Hospital Sultanah Bahiyah