Search

Search

TopButtons

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan Dan Maklumbalas
Peta Laman

PENGUERUSAN MAKLUMAT / ICT

 

VISI

Berusaha ke arah perlaksanaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang cemerlang menerusi penggunaan teknologi yang pantas dan terkini.

 

MISI

 

Memastikan dan menyelaras penggunaan Teknologi Maklumat dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan untuk membantu melancarkan perkhidmatan yang diberikan oleh hospital ini.

 

OBJEKTIF

  • Memberikan perkhidmatan dan penyelenggaraan ICT yang berkualitI.
  • Memastikan keselamatan terhadap sistem dan rangkaian ICT sentiasa terpelihara.

 

PENGENALAN

 

1.1  Hospital Sultanah Bahiyah adalah merupakan salah sebuah hospital yang terpilih di dalam projek Hospital Information and Communication Technology (HICT) pakej 1 dan berada di dalam kategori Total Hospital Information System (THIS). Hospital ini merupakan sebuah hospital IT selepas perpindahan ke lokasi baru mulai Julai 2007 dan projek ini bermula pada 25 Februari 2002.

1.2  Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan salah satu bahagian di bawah Jabatan Pengurusan Hospital Sultanah Bahiyah dan berfungsi untuk memastikan semua sistem dan pembangunan teknologi maklumat diseliakawal agar operasi dapat berjalan dengan lancar dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit.  

1.3  Bahagian ini mempunyai 9 orang staf yang terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (F44), Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Tinggi (FA38), Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) dan Pembantu Am Pejabat (N4). 

 

FUNGSI DAN PERKHIDMATAN

Infrastruktur : Penyelenggaraan dan Pengurusan Perolehan ICT

 

Aktiviti utama Bahagian ICT adalah menyelenggara perolehan aset ICT di Hospital Sultanah Bahiyah. Unit ICT dengan kerjasama Aexis Technology Sdn. Bhd. telah menguruskan perlaksanaan dan latihan berterusan THIS kepada kakitangan hospital ini.

 

Infrastruktur : Penyelenggaraaan Sistem Sedia Ada

 

Total Hospital Information System (THIS) merupakan sistem aplikasi utama di hospital ini. Walaubagaimanapun, terdapat juga sistem-sistem lain yang menyokong operasi hospital ini. Berikut merupakan senarai sistem sedia ada yang diselenggara oleh Bahagian ICT.
CDCIS – Sistem Notifikasi Kawalan Penyakit Berjangkit telah digunakan bermula Jun 2006.
Sistem Maklumat Rekod Perubatan (SMRP) – telah digunakan pada Disember 2006 dan merupakan sistem standalone.
Sistem e-Perolehan telah digunakan bermula September 2006.

Sistem iGFMAS telah digunakan bermula Januari 2018.
Sistem Tempahan Wad di Jabatan Kecemasan (Dalaman)

Sistem e-Latihan
Sistem Laporan Perubatan – untuk penyediaan laporan perubatan apabila dipohon oleh pesakit.
Laman Web HRMIS dan e-GL – telah dilaksanakan sepenuhnya di klinik pakar dan kaunter daftar masuk wad.
 

 

 

Footer

Polisi Dasar | Polisi Keselamatan | Peta Laman | Peta Lokasi | Bantuan dan Sokongan
Kemaskini Terakhir : 28 November 2021 | 23 Rabiulakhir 1443H oleh BPM-HSBAS
Penafian : Hospital Sultanah Bahiyah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.
Hak Cipta Terpelihara : 2020-2021 Hospital Sultanah Bahiyah