Search

Search

TopButtons

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan Dan Maklumbalas
Peta Laman

UNIT PSIKOLOGI & KAUNSELING

PENGENALAN
Unit Psikologi Kaunseling beroperasi pada bulan Mac 2015 dan sehingga kini yang menempatkan seorang Pegawai Psikologi S41/44. Perkhidmatan psikologi dan kaunseling adalah satu proses menolong yang sistematik dan berterusan kepada anggota kesihatan dan pengguna perkhidmatan.

VISI
Memperkasa kesejahteraan insan dan komuniti melalui perkhidmatan psikologi kaunseling yang profesional.

MISI
Memastikan perkhidmatan psikologi kaunseling diberikan oleh pegawai yang kompeten, berkemahiran dan amalan berasaskan bukti terkini melalui perkhidmatan yang kondusif, terapeutik serta efektif.

OBJEKTIF
i. Menyampaikan perkhidmatan psikologi kaunseling yang seragam dan holistik untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti;
ii. Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan Pegawai Psikologi secara berterusan; dan
iii. Melaksanakan perkhidmatan berteraskan etika dan peruntukan perundangan yang berkaitan.


PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

i. Perkhidmatan psikologi kaunseling ditawarkan kepada anggota kesihatan dan pengguna perkhidmatan.
ii. Perkhidmatan ini terbahagi kepada tiga (3) iaitu:
a. Kaunseling individu
b. Kaunseling kelompok
c. Kaunseling keluarga dan perkahwinan

Footer

Polisi Dasar | Polisi Keselamatan | Peta Laman | Peta Lokasi | Bantuan dan Sokongan
Kemaskini Terakhir : 28 November 2021 | 23 Rabiulakhir 1443H oleh BPM-HSBAS
Penafian : Hospital Sultanah Bahiyah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.
Hak Cipta Terpelihara : 2020-2021 Hospital Sultanah Bahiyah