Search

Search

TopButtons

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan Dan Maklumbalas
Peta Laman

JABATAN ORTOPEDIK DAN TRAUMATOLOGI

 

PENGENALAN 

Jabatan Ortopedik dan Traumatologi menyediakan Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar , Perkhidmatan Rawatan di Jabatan Kecemasan serta Pesakit Dalam dan perkhidmatan Pembedahan Kecemasan / Elektif . Jabatan Ortopedik dan Traumatologi Hospital Sultanah Bahiyah merupakan jabatan yang telah memberikan perkhidmatan secara menyeluruh dengan berbagai perkhidmatan-perkhidmatan Sub-kepakaran dan sebagai pusat rujukan untuk zon-zon utara.

 

VISI  

Menjadikan Jabatan Ortopedik Dan Traumatologi Hospital Sultanah Bahiyah Antara Pusat Rujukan Dan Perkhidmatan Ortopedik Dan trauma Yang Terbaik Di Malaysia.

 

MISI 

Memberi Perkhidmatan Perawatan Trauma Dan Sub Kepakaran Yang Menyeluruh Dan Berkualiti Kepada Pesakit.

 

OBJEKTIF UMUM 

Untuk memberi perkhidmatan kesihatan dari aspek promosi pencegahan dan perawatan yang bersepadu kepada pesakit-pesakit serta mengamalkan kualiti hidup kesihatan yang optimal dengan pencegahan daripada penyakit agar membolehkan para pesakit hidup dalam fizikal, mental dan sosial yang baik dan sempurna.

 

OBJEKTIF KHUSUS 

  • Menyelia Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar dan Dalam dengan cemerlang
  • Memantapkan lagi produktiviti dan menjamin nilai-nilai budaya kerja yang baik
  • Menerima dan merawat pesakit-pesakit daripada lain-lain institusi perubatan yang memerlukan rawatan khas pakar yang tidak ditawarkan daripada institusi masing-masing
  • Memperbaiki mutu perkhidmatan hospital dari semasa ke semasa supaya mencapai taraf kesihatan yang lebih tinggi.
  • Menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berterusan bagi menjamin kualiti perkhidmatan yang terbaik.

 

PIAGAM PELANGGAN 

  • Setiap pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan yang mesra , cepat , tepat , adil dan saksama.
  • Masa untuk proses pendaftaran dalam tempoh 30 minit.
  • Pelanggan yang memerlukan pembebatan ( Dressing ) , pemasangan POP( Simen ) dan rawatan sebagainya akan dirawat dalam masa 15 minit hingga 45 minit .
  • Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan perubatan yang dicadangkan.

 

LOKASI 

Perkhidmatan Pesakit Luar dijalankan di Bangunan Klinik Pakar dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Ahad hingga Khamis dan ditutup pada Jumaat ,Sabtu dan Cuti Kelepasan Am.
Perkhidmatan Pesakit Luar Ortopedik Am dan Klinik Sub Kepakaran untuk pesakit Baru dan Ulangan dengan temujanji pada hari bekerja meliputi Klinik :

Klinik Atroplasty 

  • Perkhidmatan ini melibatkan rawatan pesakit yang memerlukan pembedahan penggantian sendi, terutamanya sendi lutut dan sendi pinggul.
  • Unit ini juga berfungsi sebagai ‘Tertiary referral centre’ untuk rawatan pesakit yang mengalami komplikasi akut dan kronik selepas menjalani pembedahan pertukaran sendi seperti jangkitan, prosthesis relaxation, ‘periprothesis fractures’ dan sebagainya.

Klinik Spine 

  • Perkhidmatan kepakaran yang melibatkan kes tulang belakang / kes tulang belakang seperti tulang belakang serviks (termasuk oksiput), tulang belakang toraks (anterior & posterior), dan tulang belakang lumbosacral.
  • Perkhidmatan yang ditawarkan ialah meliputi jenis Degeneratif & Trauma, Klinik Scoliosis dan Klinik Pemulihan Tulang Belakang.
  • Rawatan pembedahan merangkumi penggantian lumber spine, interbody fusion minimally invasive spine surgery , pembetulan kecacatan, revision surgery , terapi suntikan tulang belakang dan sebagainya..

Klinik Hand Upper Limb & Microsurgery 

  • Klinik ini mengendalikan masalah tangan dan anggota atas termasuk trauma, kongenital, kecacatan, degeneratif, rekonstruktif dan tumor.
  • Rawatan pembedahan yang diberikan adalah melalui teknik pembedahan mikro yang melibatkan kes trauma dan juga rekonstruktif untuk kes yang melibatkan kecederaan saluran darah dan saraf.

Klinik Advance Trauma 

  • Rawatan yang ditawarkan melibatkan kes-kes yang memerlukan konsultasi seperti revise surgery setelah trauma kecederaan yang kompleks pada bahagian pelvis, kecacatan tulang akibat jangkitan yang memerlukan limb lengthening & reconstruction (Ilizarov), trauma intra artikular kompleks dan sebagainya.

Klinik Onkologi 

  • Perkhidmatan yang disediakan merangkumi penyelidikan, diagnosis, rawatan, pembedahan dan pemulihan yang berkaitan dengan masalah tumor jenis jinak atau malignan pada sistem muskuloskeletal (tulang / tisu) pada pesakit dewasa dan juga kanak-kanak.

Klinik Foot And Ankle 

  • Klinik menyediakan rawatan perawatan kaki dan pergelangan kaki ortopedik. seperti patah tulang, sakit tumit, pergelangan kaki, kaki rata, masalah tendon, keadaan berkaitan diabetes dan kerosakan tulang rawan. Perkhidmatan pembedahan seperti penggantian pergelangan kaki pembedahan, penilaian dan rawatan kaki diabetes, krioterapi, terapi frekuensi radio dan terapi gelombang kejut ekstraporporeal.

Klinik Sport / Medicine 

  • Klinik Sport menyediakan perkhidmatan yang ditawarkan termasuk kecederaan pada sendi terutamanya akibat sukan atau rekreasi yang melibatkan anggota bawah seperti lutut, buku lali, sendi pinggul manakala anggota atas seperti bahu dan siku, kecederaan otot dan ligamen (patah/koyak), kecederaan yang melibatkan patah tulang akibat bersukan, kecederaan sendi, otot, ligamen dan tendon akibat kemalangan jalan raya atau kecederaan di tempat kerja
  • Klinik Sport juga memberi rawatan pembedahan sendi, ligamen, tendon dan otot menggunakan teknik arthroscopic atau rekonstruktif.
  • Klinik Sport Medicine memberikan perkhidmatan bukan pembedahan untuk kes kecederaan yang melibatkan sistem muskuloskeletal, kecederaan berlebihan dan keadaan perubatan berkaitan senaman.
  • Klinik Sport Medicine juga menyediakan diagnosis dan rawatan menggunakan ultrasound (intervensi diagnostik & terapi) untuk kecederaan tertentu. Perkhidmatan lain termasuk ubat-ubatan, fisioterapi, alat sokongan seperti bracing/taping, suntikan dan sebagainya.

Klinik Ortopedik Am 

Klinik Ortopedik juga menyediakan perkhidmatan lain seperti :

  • Klinik Penjagaan Luka ( Hospital Alor Setar )
  • Klinik Wound Inspection
  • Klinik ‘ Diabetic Foot Combine Clinic “
  • Klinik Wound Care Perkhidmatan Pemasangan POP dan pelbagai Prosedur Ortopedik.
  • Pengambilan Darah.
  • Jemaah Perkeso. dimana Pakar-Pakar Ortopedik bersama-sama dengan Pengarah Hospital dan Pegawai PERKESO membincang dan mensyorkan tuntutan kehilangan upaya bagi pesakit-pesakit yang terlibat dalam kemalangan dan kecederaan.

Perkhidmatan rawatan Ortopedik dengan rujukan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Bahiyah ( 24 jam ) meliputi Konsultasi , Prosedur Ortopedik dan Pemasangan POP ( Plaster Of Paris ).

Perkhidmatan Pesakit Dalam Ortopedik menyediakan Katil Ortopedik terdiri daripada Wad Kenanga 3A , 3D , Bunga Raya 6C , 7A/7B dan F1 (Hospital Alor Setar ) dan wad lain dimana pesakit Ortopedik ditempatkan.

Perkhidmatan Pembedahan subkepakaran oleh Pakar Ortopedik ( 24 jam ) meliputi

  • Pembedahan Kecemasan ( 24 jam )
  • Pembedahan Elektif ( dengan jadual )

Perkhidmatan Lawatan Pakar Subkepakaran dan Pembedahan di Hospital Kerajaan Hospital Tuanku Fauziah Perlis di Utara dan Zon Selatan sehingga ke Hospital Taiping Perak .

Jabatan Ortopedik dan Traumatologi juga dibantu oleh Jabatan seperti.

  • Jabatan Pengimejan dan Diagnostik
  • Jabatan Farmasi
  • Jabatan Rehabilitasi (Unit Perubatan Rehabilitasi (UPR) dan Unit Fisioterapi )

Medical Training Centre 

  • Arthroscopy & Sports Trauma
  • Hand Upper Limb & Microsurgery
  • Spine
  • Program Training Center (Postgraduate Course) Master of Surgery (Orthopedics)
  • Program Latihan Pegawai Perubatan Siswazah (Housemenship).
  • Program Latihan Ilkkm ( KKM ) Penolong Pegawai Perubatan / Jururawat Terlatih dan - Program attachment Ortopedik dan Pos Basik Ortopedik .

Waktu Operasi 

Ahad – Rabu 8.00 pagi-1.00 tengahari
2.00 petang-5.00 petang
Khamis 8.00 pagi-1.00 tengahari
2.00 petang-3.30 petang
Waktu Rehat 1.00 tengahari - 2.00 petang
Cuti Jumaat , Sabtu dan Cuti kelepasan Am.

HARI / MASA 8.00 PG - 1.00 TGH 2.00 PTG - 5.00 PTG
AHAD • KLINIK ORTOPEDIK AM
• KLINIK SPORT MEDICINE
• KLINIK BRACHIAL PLEXUS – M3
• KLINIK CONGENITAL HAND –M1
ISNIN • KLINIK ORTOPEDIK AM
• KLINIK FIRST VISITI
• KLINIK FOOT ANKLE - VISITING
• KLINIK SCOLIOSIS SPINE - M4
• KLINIK SPORT MEDICINE
•KLINIK PEMERIKSAAN LUKA
•KLINIK ONCOLOGY - M1
• KLINIK ARTHROPLASTY–M1/M3/M5
• KLINIK SPINE – M2/M4
SELASA • KLINIK ORTOPEDIK AM
• KLINIK SPORT MEDICINE
• KLINIK HAND
• KLINIK PEMERIKSAAN LUKA
 
RABU • KLINIK ORTOPEDIK AM • KLINIK ADVANCE TRAUMA
KHAMIS • KLINIK ORTOPEDIK AM
• KLINIK SPORT MEDICINE
• KLINIK FIRST VISIT
• KLINIK PEMERIKSAAN LUKA
 

 

 

Footer

Polisi Dasar | Polisi Keselamatan | Peta Laman | Peta Lokasi | Bantuan dan Sokongan
Kemaskini Terakhir : 18 Mei 2022 | 17 Syawal 1443H oleh BPM-HSBAS
Penafian : Hospital Sultanah Bahiyah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.
Hak Cipta Terpelihara : 2020-2022 Hospital Sultanah Bahiyah