PENGENALAN
Jabatan Perubatan Transfusi, terdiri dari tiga ( 3 ) unit iaitu Immunohematologi & Komponen, Pendermaan dan Saringan. Jabatan ini bukan saja memberi perkhidmatan kepada pesakit dalaman hospital ini, tetapi turut berfungsi sebagai Pusat Saringan Wilayah Utara ( PSWU ) dimana ia PSWU berperanan dalam pengutipan, pemprosesan, penyaringan dan penyimpanan darah agar sentiasa mencukupi dan selamat untuk digunakan yang melibatkan semua hospital di negeri Kedah dan Perlis . PSWU telah beroperasi selama empat (4) tahun bermula tahun 2004 dengan Unit Pendermaan beroperasi di Hospital Sultanah Bahiyah manakala Unit Pemprosesan, Inventori dan Saringan beroperasi di Hospital Sultanah Bahiyah Cawangan ( Hospital Alor Star ). Mulai 1 Mei 2008, Pusat Saringan Wilayah Utara ( PSWU ), Hospital Sultanah Bahiyah ( cawangan ) tidak lagi menjalankan ujian saringan dan pengesahan untuk sampel pesakit. tugas berkenaan diambilalih oleh Unit Mikrobiologi, Jabatan Patologi, Hospital Sultanah Bahiyah.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Pusat Saringan Wilayah Utara (PSWU).
- Koordinator dan pemantau perlaksanaan PSWU.
- Pengutipan darah.
- Penyediaan komponen darah.
- Penyaringan darah penderma.
- Penyimpanan dan penyelenggaraan darah dan komponen darah.
- Pembekalan darah dan komponen-komponen darah.
- Pemantauan kualiti.
- Menyertai dan menganjurkan kempen, ceramah dan aktiviti berkaitan pendermaan darah, promosi dan kesedaran menderma darah.
- Menjalankan ujian-ujian diagnostik ke atas sampel darah pesakit seperti ujian keserasian darah, ujian pengesanan & pengesahan antibody, ujian Coomb’s (direct & indirect), ujian Rh titer antibodi, Ujian Rh fenotip, ujian kumpulan darah ABO & Rh dan pengendalian kes ‘medico legal’.
- Memberi khidmat kaunseling kepada penderma darah selepas ujian serologi disahkan positif.
- Merawat pesakit Hemophilia dengan AHF.