Search

Search

TopButtons

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan Dan Maklumbalas
Peta Laman
Jabatan Radiologi

 



VISI

Memberi perkhidmatan radiologi diagnostik dan interventional terunggul di utara Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan terkini dan selamat

 

MISI

Perkhidmatan terbaik berasaskan  penggunaan kaedah-kaedah perawatan yang tepat,   

sejajar dengan kemudahan peralatan yang terkini serta kepakaran anggota yang

berdedikasi dan berinovatif.

 

 

OBJEKTIF AM

  1. Objektif Jabatan Radiologi ialah untuk memberi perkhidmatan diagnosis dan prosedur terapeutik yang berkualiti, selamat dan efisyen kepada pelanggan serta memenuhi keperluan perawatan dan perubatan semasa..

 

OBJEKTIF KHUSUS JABATAN

  1. Untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan efisyen kepada pelanggan.
  2. Untuk mengeluarkan laporan pemeriksaan radiologi dalam masa yang tercepat.
  3. Untuk mengamal prinsip alara sewaktu menjalankan pemeriksaan radiologi.

 

PIAGAM PELANGGAN JABATAN

  1. Untuk memastikan masa pesakit menunggu untuk menjalani pemeriksaan x-ray biasa dalam tempoh ≤ 45 minit dari waktu pendaftaran adalah ≥90%.
  2. Untuk memastikan masa pesakit menunggu untuk menjalani pemeriksaan Ultrasound dalam tempoh ≤ 60 minit dari waktu pendaftaran adalah ≥90%.
  3. Untuk memastikan peratus penolakan/ pengulangan radiograf/ imej ≤ 2.5%.
  4. Untuk memastikan peratus pesakit yang mengalami ektravasasi ketara selepas suntikan media kontras selepas pemeriksaan CT Scan adalah ≤ 0.5%.
  5. Semua pesakit akan di beri maklumat mengenai prosedur sebelum pemeriksaan di lakukan.
 

 Nota: Perubahan tempoh mungkin berlaku berdasarkan bilangan tenaga kepakaran semasa.



FUNGSI DAN PERKHIDMATAN

Perkhidmatan jabatan ini di Hospital Sultanah Bahiyah bermula pada 28 hb. Julai 2007. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan sokongan klinikal iaitu perkhidmatan pengimejan diagnostik termasuk juga prosedur-prosedur terapeutik tertentu kepada pesakit-pesakit dalam, pesakit luar, pesakit jagaan harian dan pesakit dari jabatan kemalangan dan kecemasan.

Perkhidmatan –perkhidmatan ini juga di panjangkan kepada pesakit-pesakit yang di rujuk dari hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan. Peranannya telah meningkat dari masa ke semasa, selaras dan bersesuaian dengan pertambahan modaliti serta sub kepakaran.  Ini membantu pendiagnosan penyakit dibuat dengan lebih awal dan seterusnya membolehkan proses rawatan dirancang dengan lebih berkesan



PERKHIDMATAN YANG DIBEKALKAN

Perkhidmatan utama yang di sediakan ialah Pemeriksaan X-Ray Konventional dan juga Pemeriksaan X-ray Khas seperti Mammografi, Ultrasound, Fluoroskopi, MRI, CT Scan, IVU, Interventional Radiology, Perkhidmatan OPG (terpaksa dihentikan sementara waktu kerana alat telah rosak (BER)) dan Perkhidmatan Bone Densitometer (DEXA). Selain itu, Jabatan juga menyediakan Perkhidmatan Mobile Ultrasound (Bedside), Perkhidmatan Mobile C-Arm di Dewan Bedah serta Perkhidmatan Resource for Radiographer di Intensive Cardiac Lab bagi kes-kes PACING/ Permanent Catheter / IJC dan sebagainya. Jabatan Radiologi menyediakan perkhidmatan berterusan untuk tempoh 24 jam.



JENIS PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN

1. Secara sistem separuh syif dengan disusuli oleh panggilan (stay-in) selepas jam 10.00 malam pada hari biasa dan syif sepenuhnya (3 sessi) pada hari minggu dan kelepasan am bagi perkhidmatan berikut;

  1. X-Ray Konventional (X-Ray Am dan Mobile X-Ray)
  2. Mobile C-Arm di Dewan Bedah
  3. CT Scan

 2. Perkhidmatan selepas waktu pejabat di laksanakan secara tugas atas panggilan (on-call) bagi perkhidmatan berikut;

  1. Fluoroscopy
  2. Ultrasound
  3. MRI
  4. Interventional Radiology

3. Pemeriksaan di lakukan pada waktu pejabat sahaja - OPG - Mammografi - Bone Densitimeter (DEXA)

  1. OPG
  2. Mammografi
  3. Bone Densitimeter (DEXA)

 

Lain-lain perkhidmatan yang turut di sediakan adalah seperti perkhidmatan perlaporan imej (Reporting), konsultasi (Consultation Service), Perkhidmatan Digitize Hardcopy dan Softcopy bagi semua kes yang dirujuk. Sistem perhubungan imej digital pesakit (FTP) antara Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Sultan Abdul Halim juga di sediakan. Perkhidmatan Ultrasound di Hospital Jitra sebagai hospital cluster juga turut disediakan.

 

Sebagai sebuah hospital rujukan tertiary, perbincangan antara jabatan (Inter-departmental X-ray Discussion) adalah satu elemen penting dalam pemberian servis oleh Pakar Radiologi dan ia melibatkan 9 jabatan/unit di hospital ini termasuk subspeciality services seperti Pembedahan Pediatrik, Colorectal, Gynae-Onco dan sebagainya.

PENGURUSAN PESAKIT PERKHIDMATAN RADIOLOGI

  1. Pemeriksaan radiologi hanya boleh di pohon oleh Pegawai Perubatan yang merawat samada dari hospital/ klinik kerajaan atau swasta.
  2. Semua pemeriksaan radiologi khas perlu mendapatkan tarikh temujanji di kaunter temujanji Jabatan Radiologi
  3. Keutamaaan pemeriksaan diberikan kepada pesakit adalah mengikut kesegeraan kes ( urgency of cases).
  4. Pemeriksaan kecemasan akan diberi keutamaan, manakala kes elektif akan di beri temujanji.
  5. Pesakit yang tidak dapat hadir semasa tarikh temujanji dinasihatkan untuk menghubungi Kaunter Temujanji Jabatan Radiologi di talian 04-7406893 bagi mendapatkan tarikh baru.
  6. Perkhidmatan yang diberikan adalah selamat dengan privasi dan kerahsiaan pesakit di jaga.

 

 

Footer

Polisi Dasar | Polisi Keselamatan | Peta Laman | Peta Lokasi | Bantuan dan Sokongan
Kemaskini Terakhir : 18 Mei 2022 | 17 Syawal 1443H oleh BPM-HSBAS
Penafian : Hospital Sultanah Bahiyah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.
Hak Cipta Terpelihara : 2020-2022 Hospital Sultanah Bahiyah