Search

Search

TopButtons

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan Dan Maklumbalas
Peta Laman
 Forensik

 


VISI

Memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, merangkumi: perkhidmatan siasatan medico-legal yang professional, adil dan saksama tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dengan berlandaskan kepada peruntukan-peruntukan yang ada di dalam undang-undang Negara; dan perkhidmatan pengurusan mayat yang cekap, cepat dan amanah.

 

MISI

Melaksanakan perkhidmatan dengan berlandaskan kepada peruntukan-peruntukan yang ada di dalam Undang-undang Negara Malaysia, dan kepada ciri-ciri budaya koperat, Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

OBJEKTIF

Matlamat utama Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah adalah untuk memberi perkhidmatan pengurusan mayat yang cekap dan  meningkatkan mutu perkhidmatan forensik di hospital-hospital negeri Kedah dan Perlis. Pendekatan-pendekatan yang berikut diambil untuk mencapai matlamat tersebut :

  • Penekanan khusus diberi kepada pengguna protokol-protokol perkhidmatan forensik yang seragam oleh hospital-hospital negeri Kedah dan Perlis.
  • Memastikan setiap kakitangan yang terlibat di dalam perkhidmatan forensik mempunyai tahap pengetahuan dan kebolehan teknikal forensik yang baik.
  • Memastikan semua siasatan mediko-legal dijalankan dalam suasana yang selamat dan serba lengkap.
  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan mayat yang menumpukan kepuasan waris.

 

 

 

 

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Semua pelanggan akan dilayan secara professional dengan jujur, mesra, hormat dan bertimbangrasa.
  • Semua pelanggan akan dimaklumkan mengenai prosedur kerja yang telah ditetapkan.
  • Semua pemeriksaan postmortem mediko-legal hendaklah dimulakan tidak lewat daripada 24 jam setelah arahan postmortem diterima daripada pihak polis.
  • Semua kes BID (selepas waktu pejabat) akan dimasukkan kedalam mortuary tidak lebih 45 minit  selepas menerima panggilan. 
  • Mayat bagi kes bukan Mediko Legal / Biohazard akan  diserahkan dalam masa tidak lebih satu jam.                       

 

 

 

 

 

FUNGSI DAN PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN

  1. Penerimaan/Penyimpanan Mayat dari Unit/Wad dalam Hospital
  2. Penerimaan/Penyimpanan Mayat yang Dibawa Mati dari Luar Hospital (brought in dead)
  3. Penyerahan Mayat kepada Waris
  4. Penyerahan Mayat yang Tidak dituntut Meninggal di dalam Hospital
  5. Pengendalian Anggota Badan
  6. Pengendalian Mayat Berisiko Tinggi (high risk body)
  7. Pengendalian Post Mortem Kes Medico Legal dan Kes Klinikal
  8. Postmortem untuk kes-kes reput dan kes-kes penyakit berjangkit
  9. Pengendalian Spesimen Postmortem
  10. Pemindahan Mayat ke/dari Hospital Lain Untuk Simpanan Sementara
  11. Penyerahan Mayat untuk Dihantar Keluar Negara (exporting body)
  12. Pendermaan Organ (Tissue Procurement) untuk kes fresh BID
  13. Penerimaan Mayat/Anggota Badan dari Hospital Satelit.

Footer

Polisi Dasar | Polisi Keselamatan | Peta Laman | Peta Lokasi | Bantuan dan Sokongan
Kemaskini Terakhir : 28 November 2021 | 23 Rabiulakhir 1443H oleh BPM-HSBAS
Penafian : Hospital Sultanah Bahiyah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.
Hak Cipta Terpelihara : 2020-2021 Hospital Sultanah Bahiyah