Search

Search

TopButtons

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan Dan Maklumbalas
Peta Laman

 

SOALAN LAZIM

1. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran?

Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.


2. Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara?

Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin. RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 800 bagi kes Sakit Puan. Sila rujuk Caj Hospital untuk caj-caj lain.


3. Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital?

Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kakitangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.


4. Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?

Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.


5. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?

Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)


6. Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ?

Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.


7. Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?

Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, manakala bagi pesakit dewasa cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina.


8. Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?

Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital

 

 

Footer

Polisi Dasar | Polisi Keselamatan | Peta Laman | Peta Lokasi | Bantuan dan Sokongan
Kemaskini Terakhir : 28 November 2021 | 23 Rabiulakhir 1443H oleh BPM-HSBAS
Penafian : Hospital Sultanah Bahiyah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.
Hak Cipta Terpelihara : 2020-2021 Hospital Sultanah Bahiyah