Home / Rehabilitasi


KETUA JABATAN
Dr Abdul Rahman bin Abdul Hamid
Ketua Jabatan Gred UD54


Pengenalan

 

Jabatan Rehabilitasi di Hospital Sultanah Bahiyah terdiri daripada gabungan Unit Perubatan Rehabilitasi, Unit Fisioterapi dan Unit Pemulihan Cara Kerja. 

 

Fungsi utama bahagian ini adalah memberi perkhidmatan Fisioterapi kepada pesakit yang dirujuk dari semua jabatan / unit di hospital ini dan juga  yang dirujuk dari hospital kerajaan atau swasta / klinik kesihatan dari negeri kedah dan juga pesakit yang dirujuk dari negeri lain yang memerlukan perkhidmatan Fisioterapi.

 

MISI 

Memberi perkhidmatan rawatan pemulihan perubatan yang komprehensif berpatutan dan bertumpuan kehendak pelanggan demi mengurangkan kesengsaraan pelanggan demi mengurangkan kesengsaraan pesakit demi mencapai kesihatan serta kualiti kehidupan yang optima bagi pesakit berkenaan.

 

VISI

 

Mewujudkan sebuah perkhidmatan perubatan rehabilitasi yang cemerlang.

 

 

OBJEKTIF 

 

Memberi perkhidmatan perubatan rehabilitasi yang bertumpuan keperluan pelanggan, mengamalkan penggunaan teknologi yang berpatutan, bersikap budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia dan berusaha untuk penambahbaikan berterusan berasaskan kehendak pelanggan, hospital dan Kementerian Kesihatan.

 

 PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pesakit akan dilayan dengan baik, mesra dan bertimbang rasa dengan penuh ikhlas.
  2. Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan secepat mungkin secara profesional.
  3. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan rawatan.
  4. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  5. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

* Mengikuti temujanji yang ditetapkan.

* Mengikut prosedur rawatan yang ditetapkan. 

 

Waktu Operasi

Bagi Pesakit Luar dan Pesakit Dalam

Jabatan Rehabilitasi beroperasi pada waktu pejabat seperti berikut:

Ahad – Rabu               8.00 pagi-1.00 petang
  2.00  petang-5.00 petang
Khamis  8.00 pagi-1.00  petang
  2.00 petang-3.30 petang
Waktu Rehat    

1.00 petang-2.00 petang

 

      

 

 

 

 

 

 

 

 

PERKHIDMATAN PERUBATAN REHABILITASI KHUSUS

 

  1. Rehabilitasi Stroke dan Neurologi
  2. Rehabilitasi Amputasi dan Luka Kaki Diabetik (Amputee and Diabetic Foot Rehabilitation)
  3. Rehabilitasi Kecederaan Saraf Tunjang (Spinal Cord Injury Rehabilitation)
  4. Rehabilitasi Kecederaan Otak (Traumatic Brain Injury Rehabilitation)
  5. Rehabilitasi Jantung (Cardiac Rehabilitation)
  6. Rehabilitasi Kanak-Kanak (Paediatric Rehabilitation)

 

   


Hospital Sultanah Bahiyah-BM

http://hsbas.moh.gov.my/v3/modules/mastop_publish/?tac=Rehabilitasi