• Slide Image
  • Slide Image
  • Slide Image
  • Slide Image
  • Slide Image
  • Slide Image
  • Slide Image
Home / Unit Penyelia

Ketua Unit

 

Tuan Hj. Mohd Amimunminie Bin Anuar 

Ketua Unit Penyelia Hospital U42

 

PENGENALAN

Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merupakan salah satu komponen di bawah Pengurusan Hospital. Unit ini di ketuai oleh seorang Ketua Penolong Pegawai Perubatan Gred U41 yang dilantik oleh Pengarah Hospital sebagai Ketua Penyelia Hospital. Pada keseluruhan tahun 2019, seramai 212 orang Penolong Pegawai Perubatan dan 455 Pembantu Perawatan Kesihatan telah diagihkan ke semua Jabatan, Klinik-klinik, Wad-wad dan Unit-unit. Unit ini juga berperanan dalam pengurusan sumber dan penyeliaan klinikal untuk memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan selamat diberi kepada pesakit-pesakit oleh anggota di bawah jagaan iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan. 

ORGANISASI DAN PERKHIDMATAN

VISI Negara menggembeling tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

MISI Untuk Memudahkan Dan Membolehkan Rakyat:

·         Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan.

·         Menghargai kesihatan sebagai aset yang paling berharga.

·         Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi Iaitu:

§  Mengutamakan pelanggan

§  Saksama

§  Tidak membebankan

§  Cekap

§  Wajar mengikut teknologi

§  Boleh disesuaikan mengikut persekitaran

§  Inovatif 

 

 OBJEKTIF

·       Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.

·         Mengurus sumber manusia di bawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.

·         Menyediakan program latihan secara berterusan dan berkesan kepada anggota di bawah jagaan. 

 

SKOP PERKHIDMATAN

·         Pengurusan Sumber Manusia     

§  Urusan Keperluan Anggota / Permohonan Perjawatan Baru

§  Urusan Penempatan Anggota  

§  Urusan Pengagihan Anggota.   

§  Memantau dan mengurus kawalan disiplin anggota  

·         Pentadbiran

§  Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan akan mengadakan mesyuarat Teknikal Penolong Pegawai Perubatan 4 kali setahun dengan semua PPP  GredU32/U36/U41/U42 bagi membincang segala keperluan dan penambahbaikan perkhidmatan.

§  Menghadiri mesyuarat jabatan(peringkat hospital)yang diarahkan

·         Penyeliaan Klinikal (Clinical Supervision)

§  'Standard Operating Prosedure' (SOP) yang dikeluarkan oleh    Lembaga Pembantu Perubatan mengikut aktiviti.

§  Mematuhi senarai semak yang ditetapkan mengikut jabatan masing- masing.

§  Mematuhi prosedur kawalan jangkitan.

·         Pematuhan Akta dan Peraturan 

§  Memastikan akta-akta- (Akta 180–Medical Assisstant Registeration Act 1977) bagi Penolong Pegawai Perubatan dipatuhi.

§  Peraturan-peraturan yang ditetapkan di peringkat hospital diamalkan semasa menjalankan aktiviti kerja harian.

§  Mematuhi Kod Etika Pembantu Perubatan.

§  Semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan mengikut  senarai tugas yang telah diluluskan mengikut bidang kerja masing-masing.

§  Menyelaras dan mengurus keperluan akta perubatan atau mana-mana yang termaktub  / arahan dari pihak Lembaga / Kementerian Kesihatan. Contoh – Pembaharuan APC  ( Anual Practising Certerficate bagi Penolong Pegawai Perubatan ).                                                     

·         Pengurusan Latihan 

   §  Orientasi Anggota Baru.   

   §  Merancang latihan bagi anggota.

   §  Menyelaras latihan yang dihadiri oleh anggota

   §  Mengurus Buku Log Latihan dan Buku CPD anggota

·         Tugas Atas Panggilan

   §  Penolong Pegawai Perubatan Gred U32/U36 danU41/42 perlu bersiap sedia bertugas atas panggilan pada bila-bila masa diperlukan seperti jika apabila berlaku kecemasan / bencana dan lain-lain lagi.Jadual giliran tugas atas panggilan dikeluarkan setiap bulan.

 

STRUKTUR DAN PENGURUSAN UNIT   

·         Unit ini diketuai oleh Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan(PPP) Gred U41/42dan dibantu oleh Penyelia PPP Gred U36 dan U32.

·         Penyelia PPP Gred U41/42 dan U36 juga ditempatkan di jabatan-jabatan yang tertentu.

·        Ketua Penyelia PPP berada dibawah penyelian TimbalanPengarah Hospital III dan Ketua Penyelaras Penolong Pegawai Perubatan Peringkat Negeri berkaitan dengan bidang perkhidmatan di bawah jagaannya

·         Selain daripada anggota PPP, Unit Penyelia Hospital ini dibantu oleh oleh 2 orang  Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U14. Salah seorang dilantik menjadi Ketua Pembantu Perawatan Kesihatan

 

HUBUNGAN DENGAN JABATAN LAIN  

·         Hubungan Dalaman 

  §  Unit ini akan berhubung terus dengan semua unit / jabatan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan PembantuPerawatan Kesihatan.   

·         Hubungan Luaran

  §  Terdiri dari pesakit / waris / keluarga / agensi kerajaan dan swasta / NGO serta lain-lain badan yang mempunyai kepentingan dengan Pengurusan Hospital serta perkhidmatan Unit Penolong Pegawai Perubatan. 

   §   Syarikat Konsesi – sebagai  Liason Officer (FEMS,BEMS).

   §   Syarikat Keselamatan – Membantu pihak pengurusan dalam aktiviti keselamatan hospital.   

   §   Bomba – aktiviti pencegahan kebakaran

   §   Polis – Urusan PATI, Kes Medico-legal, kes ’Abscond’ dan lain-lain.                          


 

MULTIMEDIA

foto audio
video interaktif

APLIKASI WEB

fb hospital  fb tabung darah  fkkm  Facebook JKN Kedah  rss  mobile web 

SISTEM ONLINE

direktori Manual Pengguna e-Direktori

e-Aduan Manual Pengguna e-Aduan/ISPAAA