• Slide Image
  • Slide Image
  • Slide Image
  • Slide Image
  • Slide Image
  • Slide Image
Home / Transfusi

KETUA JABATAN

Dr Siti Nadiah binti Abdul Kadir

Ketua Jabatan Transfusi Dan Hematologi (Gred UD54)

 

PENGENALAN

Jabatan Perubatan Transfusi,  terdiri dari tiga ( 3 ) unit iaitu Immunohematologi & Komponen, Pendermaan dan Saringan. Jabatan ini bukan saja memberi perkhidmatan kepada pesakit dalaman hospital ini, tetapi turut berfungsi sebagai Pusat Saringan Wilayah Utara ( PSWU ) dimana ia PSWU berperanan dalam pengutipan, pemprosesan, penyaringan dan penyimpanan darah agar sentiasa mencukupi dan selamat untuk digunakan yang melibatkan semua hospital di negeri Kedah dan Perlis  . PSWU telah beroperasi selama empat (4) tahun bermula tahun 2004 dengan Unit Pendermaan beroperasi di Hospital Sultanah Bahiyah manakala Unit Pemprosesan, Inventori dan Saringan beroperasi di Hospital Sultanah Bahiyah Cawangan ( Hospital Alor Star ). Mulai 1 Mei 2008, Pusat Saringan Wilayah Utara ( PSWU ), Hospital Sultanah Bahiyah ( cawangan ) tidak lagi menjalankan ujian saringan dan pengesahan untuk sampel pesakit. tugas berkenaan diambilalih oleh Unit Mikrobiologi, Jabatan Patologi, Hospital Sultanah Bahiyah.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1.          Pusat Saringan Wilayah Utara (PSWU).

§    Koordinator dan pemantau perlaksanaan PSWU.

§    Pengutipan darah.

§    Penyediaan komponen darah.

§    Penyaringan darah penderma.

§    Penyimpanan dan penyelenggaraan darah dan komponen darah.

§    Pembekalan darah dan komponen-komponen darah.

§    Pemantauan kualiti.

§    Menyertai dan menganjurkan kempen, ceramah dan aktiviti berkaitan pendermaan darah, promosi dan kesedaran menderma darah.

2.          Menjalankan ujian-ujian diagnostik ke atas sampel darah pesakit seperti ujian keserasian darah, ujian pengesanan & pengesahan antibody, ujian Coomb’s (direct & indirect), ujian Rh titer antibodi, Ujian Rh fenotip, ujian kumpulan darah ABO & Rh dan pengendalian kes ‘medico legal’.

3.          Memberi khidmat kaunseling kepada penderma darah selepas ujian serologi disahkan positif.

4.          Merawat pesakit Hemophilia dengan AHF.

MULTIMEDIA

foto audio
video interaktif

APLIKASI WEB

fb hospital  fb tabung darah  fkkm  Facebook JKN Kedah  rss  mobile web 

SISTEM ONLINE

direktori Manual Pengguna e-Direktori

e-Aduan Manual Pengguna e-Aduan/ISPAAA