KETUA UNIT
Cik Juliana binti Abdullah
Ketua Unit Promosi Kesihatan
PENGENALAN
Objektif utama jabatan adalah mendedahkan pesakit dan keluarga dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran tertentu supaya mereka boleh menguruskan sendiri penyakit tersebut dan mencegah daripada menjadi lebih serius, berulang serta merebak kepada keluarga yang lain.
Memberi bantuan pendidikan dan sokongan kepada pesakit dan keluarga mereka dalam mencapai tahap kesihatan yang optima. Mempromosi rakyat sihat melalui penyebaran maklumat kesihatan.
Perkhidmatan ini juga dapat membantu mengurangkan kes dan mengawal serta mencegah penyakit kronik dari meningkat melalui program pendiddikan pesakit.
KEMUDAHAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Perkhidmatan ini dijalankan melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti berikut :
· Kelas Pendidikan Kesihatan ( Diabetes, Darah Tinggi , Asma )
· Kaunseling individu / Kumpulan
· Khidmat Nasihat / Bimbingan / Arahan
· Pameran Kesihatan
· Tayangan Video / VCD
· Demonstrasi dan Latihan Kemahiran
· Ceramah Kesihatan
· Pengedaran Bahan-Bahan Pendidikan
· Peminjaman Bahan-bahan Pendidikan yang bersesuaian (Bercetak / Audio Visual)