image
Email 1GOVUC
MyCPD
Portal HRMIS
KKM Virtual Library
Semakan Pegawai Perubatan Berdaftar
Tanya Pakar
Muat Turun Borang

image
Panduan Rawatan di Klinik Pakar
Panduan Pesakit Dalam di Wad
Panduan Pelawat dan Masa Melawat
Panduan Waris Menjaga Pesakit di Wad
Bayaran Bil
Hak Pesakit dan Keluarga
Rentas Hospital

image
Skim Insurans Kesihatan Pekerja Asing
Caj Rawatan Hospital Bagi Warga Asing
English Version Website
Home / Pergigian

 

KETUA JABATAN

Dr Azillah Bt Mohd Ali
B.D.S(Malaya),M.Sc Pedodontics (London),FDSRCS(Edinburgh),FICD

Ketua Jabatan Pergigian Pediatrik (Jusa C)

 

 

MISI

Memberi khidmat kesihatan mulut yang mengutamakan pelanggan dimana nilai0nilai murni akan ditekankan iaitu perkhidmatan penyayang, bekerja secara berpasukan dan profesionalisme.

 

VISI
Menjadikan jabatan pergigian pediatrik Hospital Sultanah Bahiyah sebuah pusat rujukan dan latihan yang mempunyai kebolehan dan keupayaan cemerlang dalam pengendalian dan rawatan kepada semua golongan kanak-kanak terutama keperluan asas.

 

PIAGAM PELANGGAN
Perkhidmatan pergigian pediatrik Hospital Sultanah Bahiyah adalah komited untuk menyumbang mencapai wawasan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan memastikan setiap pelanggan :

  1. Boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya dan terbaik tanpa mengira umur,jantina,keturunan,agama atau taraf sosio-ekonomi;
  2. Melayan pesakit dengan baik,mesra,bertimbang rasa,hormat,bersopan santun,jujur dan ikhlas;
  3. Memberi maklumat yang tepat,jelas dan terkini mengenai perkhidmatan yang diberikan;
  4. Memberi perkhidmatan secara profesional dan prihatin; DAN
  5. Menyediakan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan selesa.

 

OBJEKTIF DAN FUNGSI
Memberi khidmat kepakaran pergigian pediatrik dengan menjalankan urusan pentadbiran termasuk segala aspek rancangan rawatan, pengurusan segala hal kewangan dan pengawasan semua pegawai-pegawai pelatih dan memberi sumbangan kepada mengemaskini pengetahuan pegawai pergigian dan Auxilari.

                     

PENGENALAN 

Jabatan ini menjadi rujukan dari Perubatan Pediatrik, Pembedahan Pediatrik,   wad-wad surgikal,  plastik, kecemasan dan pesakit luar dan hospital lain di negeri Kedah dan Perlis di samping Hospital Swasta dan Klinik Pergigian dan Klinik Kesihatan. Kanak-kanak ini  terdiri dari golongan istimewa atau keperluan khas dan mereka yang mempunyai masalah perubatan.  

 

PERKHIDMATAN UTAMA YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan rawatan dikategorikan kepada :

 

·         Pencegahan                : Tunjuk Ajar Kebersihan Mulut dan Profilaksis, Kaunseling    

                                      Diet, Terapi Topikal Flourida & Fisur Sealan.

·         Restoratif                     : Tampalan Amalgam, Tampalan Sewarna Gigi dan Korona.

·         Terapi Pulpa                : Pulpotomi gigi kekal dan desidus , Apeksifikasi

·         Trauma                        : Splinting, Pembedahan elektif (ORIF with Plating)

·         Interseptif Orthodontik : Applians dan space maintainer

·         Prostesis                     : Dentur, Prostesis Mata, Obturator dan lain-lain

·         Cabutan                      : Cabutan Gigi Susu atau Gigi Kekal Terimpak

·         Pembedahan mulut     : Lesi Tisu Lembut Dan Keras, Apisektomi dan Biopsi.

·         Anaestesia Umum.

·         Patologi mulut dan Perubatan mulut

·         Kes Sedasi

·         Orally fit during Reexamination.

·         Klinik Pergigian Mesra Bayi

 

 

PERKHIDMATAN BARU YANG DISEDIAKAN

Klinik Transition : Klinik ini memulakan operasi perkhidmatan sepenuhnya pada tahun 2008, setiap hari Isnin pada minggu kedua dan keempat. Pesakit yang dirawat adalah mereka yang berumur 16 tahun dan ke atas, merangkumi semua kategori pesakit iaitu kecacatan fizikal, retardasi mental, kompromi perubatan dan kecacatan berbilang.

 

Objektif utama klinik ini diadakan adalah:

 

·       Memastikan pesakit mencapai status oral hygiene yang optimum.

·       Mengurangkan kadar ‘mortality’ dan ‘morbidity’ ke atas pesakit

·       Menerapkan sikap positif terhadap rawatan pergigian.

·         Mengurangkan kes rawatan komprehensif di bawah anesthesia umum.

 

AKTIVITI-AKTIVITI TERKINI

  1. Peringkat Negeri - akan menjalankan CPE (Continueing Profesional Education) yang bertajuk Dental Trauma pada bulan Mei 2008 untuk jururawat pergigian peringkat           Negeri Kedah;
  2. Peringkat Daerah - Program (CDE) untuk pegawai pergigian pada 22 Mei 2008;
  3. Peringkat Klinik - Perkhidmatan 'Baby Friendly Dental Clinic' (0-3 tahun) pada setiap hari Khamis, 'Dental Trauma Clinic' dan 'Transition Clinic' pada setiap hari Rabu.

 

PENCAPAIAN JABATAN

  1. Innovasi : Teknikal - Baby Trolley => Mendapat tempat pertama di Konvensyen Kualiti Jabatan Kesihatan Negeri Kedah pada tahun 2006
  2. Innovasi : Pengurusan - Colour Code System (2CS) => Mendapat tempat pertama di Konvensyen Kualiti Jabatan Kesihatan Negeri Kedah pada 2007
  3. 1st Regional Nursing Conference Hospital Sultanah Bahiyah Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Kedah 2007 - Tempat Ketiga : Kajian (Prevalen Trauma Pergigian di Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Sultanah Bahiyah dari tahun 2000-2005, - Saguhati : Kajisemula Restorasi Simen Ionomerkaca selepas 5 tahun di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas di Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Sultanah Bahiyah.

MULTIMEDIA

foto audio
video interaktif

APLIKASI WEB

fb hospital  fb tabung darah  fkkm  Facebook JKN Kedah  rss  mobile web 

SISTEM ONLINE

direktori Manual Pengguna e-Direktori

e-Aduan Manual Pengguna e-Aduan/ISPAAA


mohmohmohmohanmmohmohmohmohmohmohmoh