image
Email 1GOVUC
MyCPD
Portal HRMIS
KKM Virtual Library
Semakan Pegawai Perubatan Berdaftar
Tanya Pakar
Muat Turun Borang

image
Panduan Rawatan di Klinik Pakar
Panduan Pesakit Dalam di Wad
Panduan Pelawat dan Masa Melawat
Panduan Waris Menjaga Pesakit di Wad
Bayaran Bil
Hak Pesakit dan Keluarga
Rentas Hospital

image
Skim Insurans Kesihatan Pekerja Asing
Caj Rawatan Hospital Bagi Warga Asing
English Version Website
Home / Pengimejan

KETUA JABATAN

Dr. Nik Fatimah Salwati binti Nik Malek

Ketua Jabatan Pengimejan dan Diagnostik (UD54)

 

MISI

Memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan dalaman/ luaran daerah Kota Setar dan seluruh Negeri Kedah dengan:-

a)      Memberi perkhidmatan  pengimejan ke arah aduan sifar

b)      Memberi perkhidmatan yang  selamat dengan privasi dan  kerahsiaan pesakit di   

        jaga.

 

VISI

Perkhidmatan terbaik berasaskan  penggunaan kaedah-kaedah perawatan yang tepat,   

sejajar dengan kemudahan peralatan yang terkini serta kepakaran anggota yang

berdedikasi dan berinovatif.

 

 

OBJEKTIF AM

a)   Objektif jabatan pengimejan ialah untuk memberi perkhidmatan pengimejan diagnostik yang memenuhi keperluan perawatan dan perubatan.

 

OBJEKTIF KHUSUS

a)   Untuk menyelesaikan pemeriksaan  x-ray konventional bagi pesakit yang hadir di jabatan dalam tempoh  kurang  satu jam dari waktu pendaftaran.

b)   Untuk memastikan peratus penolakan/pengulangan radiograf/imej kurang dari 5%.

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Komitmen kami ialah memberi perkhidmatan pengimejan diagnostik yang cekap, cepat  

dan berkualiti dengan menjanjikan:-

 

?         Masa menunggu bagi semua pemeriksaan x-ray biasa akan di lakukan dalam    

           tempoh 30 minit.

?         Menyiapkan laporan bagi  jenis pemeriksaan berikut  di dalam jangkamasa:-

 

 

PROSEDUR

TEMPOH SIAP LAPORAN

PESAKIT DALAM

PESAKIT  LUAR

C.T Scan

dlm tempoh 48jam

(2 hari bekerja)

1 minggu

Flouroskopi

Mammografi

   MRI

IVU

Ultrasound

Dengan kadar segera

 

Semua pesakit akan di beri maklumat mengenai prosedur sebelum pemeriksaan di lakukan.

Nota: Perubahan tempoh mungkin berlaku berdasarkan bilangan tenaga kepakaran semasa.

 

FUNGSI DAN PERKHIDMATAN

Perkhidmatan jabatan ini di Hospital Sultanah Bahiyah bermula pada 28 hb. Julai 2007.  Jabatan ini menyediakan perkhidmatan sokongan klinikal iaitu perkhidmatan  pengimejan diagnostik termasuk juga prosedur-prosedur terapeutik tertentu kepada pesakit-pesakit dalam, pesakit luar, pesakit jagaan harian dan pesakit dari jabatan kemalangan dan kecemasan. Perkhidmatan –perkhidmatan ini juga di panjangkan kepada pesakit-pesakit yang di rujuk dari hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan. Peranannya telah meningkat dari masa ke semasa, selaras dan bersesuaian dengan pertambahan modaliti serta sub kepakaran. Ini membantu  pendiagnosan penyakit dibuat dengan lebih awal dan seterusnya membolehkan proses rawatan dirancang dengan lebih berkesan

 

PERKHIDMATAN YANG DIKEKALKAN

 

Jabatan ini memberi perkhidmatan berterusan untuk tempoh 24 jam. Untuk perkhidmatan pemeriksaan x-ray konvensional dan CT Scan dilaksanakan secara sistem separuh syif dan disusuli dengan tugas panggilan (stay-in) selepas jam 9.00 malam pada hari biasa dan syif sepenuhnya ( 3 sessi) pada hari minggu dan kelepasan am. Manakala untuk pemeriksaan X-Ray berkontras,Ultrasound dan MRI , perkhidmatan selepas waktu pejabat dilaksanakan secara tugas atas panggilan (stay-out). Pemeriksaan mammografi pula dilakukan pada waktu pejabat pada hari bekerja sahaja.

 

Pakar Radiologi jabatan ini melakukan lawatan klinikal secara berjadual ke Hospital Langkawi untuk melakukan pemeriksaan ultrasound dan melapor filem-filem. Yang sudah dirancang dan telah dilaksanakan ialah 24x lawatan / tahun.

 

Jabatan juga menerima filem untuk laporan dari hospital lain dan Klinik Kesihatan di negeri Kedah.

 

Peralatan dan Perkhidmatan yang dibekal bagi memenuhi pelbagai jenis pemeriksaan:-

 

Pemeriksaan Radiografi Am.

          

Terdapat 4 bilik x-ray. Perkhidmatan yang di berikan adalah perkhidmatan semua x-ray konvensional. Kini jabatan telah beralih selurohnya dari formal manual ke  format digital iaitu computed radiography dan digital radiography.  Semua filem dihasilkan dari Dry Laser Printer. Dengan itu penggunaan mesin proses filem Bilik Gelap dihentikan, tetapi mesin masih diselenggara untuk tujuan persediaan kontigensi.

Mesin OPG (Orthopantomografi) untuk pemeriksaan dental, di tempatkan di bilik x-ray 1

 

Pemeriksaan Radiografi Mudahgerak (Mobile).       

Terdapat 10 unit Mudahgerak (Mobile) digunakan untuk menjalankan perkhidmatan mudahgerak di wad-wad, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Unit Jagaan Rapi (Intensive Care Unit), Bilik Mayat dan Dewan Bedah. Terdapat juga 6 unit Fluoroskopi C-Arm mudah gerak yang digunakan di Dewan Bedah dan di Unit Penjagaan Coronari (Coronary Care Unit).

 

Pemeriksaan Radiografi Diagnostik Khas. (Ultrasound, CT Scan, MRI, Fluoroskopi,  IVU, Mammografi, Angiografi).

a)  Ultrasound – Terdapat 3 unit mesin Ultrasound. Pemeriksaan meliputi kes untuk diagnostik  dan terapeutik seperti Ultrasound-guided—Nephrostomy, FNAC, Biopsy dan Drainage.  Sebagai tambahan ialah  perkhidmatan Ultrasound mudah gerak.

 

b)     CT  scan -   Mesin CT jenama Siemens Emotion 6 (6 slices). Seramai 10 orang JXR sudah dilatih mengendali alatan ini.Kepantasan  nya membolehkan jabatan menyerap sehingga 30 kes/sehari. Dan tidak ketinggalan perkhidmatan C.T.Scan digunakan untuk tujuan biopsy seperti  Lung Biopsy dan Bone Biopsy. Mesin ini tiada keupayaan untuk pemeriksaan koronari jantung.

 

c)  MRI scan -  Mesin  MRI jenama Siemens Symphony 1.5 Tesla. Seramai   5 orang JXR

      sudah dilatih mengendali alatan ini. Memandangkan prosedur pemeriksaan adalah  perlahan pada kadar purata 1 jam/pesakit, temujanji dihadkan pada 8 kes/hari. Pemeriksaan dilakukan setiap hari, kecuali hari Isnin di peruntukan kepada Hospital Sultan Abdul Halim. Sungai Petani. Pemeriksaan kecemasan diberi keutamaaan. Bagi waktu luar masa pejabat dan hari cuti, keutamaan ditumpu pada kes kecederaan spinal cord.

 

d)  Pekhidmatan Radiografi Fluoroscopi – Terdapat 2 buah mesin fluroscopy digital jenama Philips. Sebuah dikhaskan  untuk pemeriksaan ERCP serta digunasama oleh kumpulan jabatan Perubatan dan Pembedahan. Sebuah lagi untuk kegunaan pakar radiologi.

 

e)  Mammograf - Mesin jenama GE Senographe DMR Plus dan Hologic Lorad Selenia Full- Fill Digital Mammographic digunakan. Perkhidmatan Mammografi yang disediakan adalah untuk semua pemeriksaan Mammografi biasa berasaskan computed radiography dan Stereotactic Biopsy. Terdapat sebanyak 12  JXR wanita  terlatih dapat melakukan pemeriksaan ini.

 

f)   Angiografi. – Mesin jenama Philips Integris CV (mono plane). Perkhidmatan  Angiografi  ditunda sehingga ke satu tarikh memandangkan belum ada pakar interventional angiografi. Pada masa ini mesin tersebut diguna untuk prosedure Interventional seperti Nephrostomy.Angiografi Kardiak yang dikelola oleh Pakar Perubatan Kardiologi dijalankan di Makmal Kardio Invasif (ICL) dengan kerjasama penggunaan tenaga kerja Juru X-Ray dari jabatan ini. Terdapat 6 orang JXR yang terlatih untuk mengendali mesin tersebut dan memberi perkhidmatan 24 jam.

MULTIMEDIA

foto audio
video interaktif

APLIKASI WEB

fb hospital  fb tabung darah  fkkm  Facebook JKN Kedah  rss  mobile web 

SISTEM ONLINE

direktori Manual Pengguna e-Direktori

e-Aduan Manual Pengguna e-Aduan/ISPAAA


mohmohmohmohanmmohmohmohmohmohmohmoh