KETUA JABATAN
Dato' Dr Haslina Bt Mohd Ali
Ketua Jabatan Oftalmologi (Gred Khas C)
MD. Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)
PENGENALAN
Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Bahiyah adalah merupakan pusat rujukan tertiari untuk perkhidmatan oftalmologi Negeri Kedah. Disamping itu jabatan ini juga merupakan pusat rujukan untuk perkhidmatan subkepakaran glaukoma, vitreo-retina dan kornea bagi Zon Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara).
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Perkhidmatan Jabatan Oftalmologi dijalankan mengikut 6 aktiviti
AKTIVITI 1 :
i. Klinik Mata :- Perkhidmatan klinik mata dibahagikan kepada 3 aktiviti utama:-
a) Perkhidmatan Oftalmologi Am – di bawah aktiviti ini terdapat perkhidmatan kepakaran am, kecemasan, prabedah, posbedah dan diabetik.
b) Perkhidmatan Subkepakaran Oftalmologi - terdapat perkhidmatan Glaukoma, Vitreo-Retina dan Kornea di mana masing-masing diketuai oleh Pakar Oftalmologi yang terlatih di bawah subkepakaran berkenaan.
c) Perkhidmatan Optometri - Perkhidmatan ini merangkumi perkhidmatan refraksi, prabedah, posbedah, visual field dan pemeriksaan khas optometri.
ii. National Eyedatabase - Jabatan turut terlibat merekodkan data-data mengenai pembedahan katarak, diabetik retinopati, cornea dan glaukoma pada registri mata kebangsaan.
iii. NIA / KPI - Terdapat 3 NIA dan 7 KPI yang digunakan oleh jabatan sebagai pengukur kualiti perkhidmatan.
AKTIVITI 2 :
(Prevention Of Blindness Kedah) Aktiviti utama perkhidmatan ini adalah pencegahan kebutaan terutama sekali yang disebabkan oleh ”diabetic Retinophaty”. Penumpuan diberikan untuk memantapkan program saringan diabetik retinopati melalui fundus photo.
AKTIVITI 3 :
(Dewan Bedah Mata Dan Penyelidikan)
Terdapat 3 dewan bedah mata di Dewan Bedah Utama :-
1. Dewan Bedah 3 adalah bagi kes-kes pembedahan bius am dan pembedahan major mata. Dewan Bedah ini beroperasi setiap hari.
2. Dewan Bedah Hari Sabtu : pembedahan dijalankan pada hari Sabtu bagi mengurangkan waktu menunggu pembedahan mata elektif terutama sekali pembedahan katarak.
3. Pembedahan Jagaan Harian : kemudahan ini digunakan bagi kes-kes pterygium dan katarak.
AKTIVITI 4 :
(Program Perubatan, Socso,Perkeso Dan Laporan Perubatan)
Aktiviti utama adalah untuk memastikan kes SOCSO , PERKESO dan Laporan Perubatan diuruskan menurut sasaran yang telah ditetapkan pihak Hospital Sultanah Bahiyah.
AKTIVTI 5 :
(Bina Ihsan, CME)
Bahagian ini diwujudkan kerana terdapat keperluan untuk memastikan setiap kakitangan mendapat peluang untuk menjalani latihan dalam perkhidmatan yang mencukupi.
AKTIVITI 6 :
(Kepuasan Pelanggan Dan Pigam Pelanggan)
Aktiviti di bawah bahagian ini adalah bertujuan untuk mengukur sejauh mana keberkesanan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan (pesakit mata).