image
Email 1GOVUC
MyCPD
Portal HRMIS
KKM Virtual Library
Semakan Pegawai Perubatan Berdaftar
Tanya Pakar
Muat Turun Borang

image
Panduan Rawatan di Klinik Pakar
Panduan Pesakit Dalam di Wad
Panduan Pelawat dan Masa Melawat
Panduan Waris Menjaga Pesakit di Wad
Bayaran Bil
Hak Pesakit dan Keluarga
Rentas Hospital

image
Skim Insurans Kesihatan Pekerja Asing
Caj Rawatan Hospital Bagi Warga Asing
English Version Website
Home / OG

KETUA JABATAN

Dato' Dr Mohd Rushdan B Mohd Noor

Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi (Gred Khas C)

 

PENGENALAN

Sejak tahun 1994 lagi, Jabatan ini telah memberikan perkhidmatan kesihatan bertaraf pakar kepada para pesakitnya dan merupakan pusat latihan bagi para penuntut pasca ijazah terutama dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi dari universiti-universiti terkemuka tanah air seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya.

 

MISI

Untuk menyediakan perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi yang cekap, adil dan saksama, mampu disedia dan diperolehi kepada semua wanita melalui penggunaan teknologi yang sesuai dan terkini serta memenuhi kehendak pelanggan dengan penekanan kepada kualiti, inovasi,promosi kesihatan,hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan kualiti hidup selaras dengan wawasan Kementerian Kesihatan Malaysia

 

VISI

Untuk menjadi sebuah institusi kecemerlangan dalam perkhidmatan kesihatan, pusat rujukan dan penyelidikan dalam bidang obstetrik dan ginekologi yang diiktiraf di peringkat negara dan antarabangsa.

 

PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan berkualiti mengikut keperluannya tanpa mengira agama,keturunan dan taraf sosio-ekonomi.

2.    Pesakit yang memerlukan rawatan lebih lanjut yang tiada di klinik akan dirujuk ke pusat bersesuaian.

3.    Semua pesakit diberi jaminan bahawa maruah mereka akan dipelihara semasa menerima rawatan.

4.    Segala maklumat mengenai pesakiy dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya akan diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.

5.    Setiap pesakit berhak mendapat penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain

 

OBJEKTIF

Jabatan ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan dan menyediakan rawatan menyeluruh kepada ibu-ibu mengandung dan pesakit-pesakit ginekologi di seluruh negeri Kedah melalui pendekatan-pendekatan berikut:

1.    Penekanan khusus ditumpukan dalam menangani kes-kes yang berisiko tinggi berlandaskan kepada polisi yang digariskan dalam protokol.

2.    Memastikan kelahiran yang selamat, sempurna, meminimakan komplikasi kelahiran seterusnya mengurangkan kadar kematian ibu mengandung.

3.    Mengekal status Hospital Rakan Bayi dan menggalak pelaksanaan Hospital Rakan Suami.

4.    Menyediakan perkhidmatan berkualiti dan terkini kepada semua pesakit ginekologi.

5.    Memberikan keutamaan kepada kepuasan pelanggan.

6.    Mengekalkan kualiti perkhidmatan pada tahap yang terbaik dengan sistem pemantauan melalui kaedah "Quality Assurance Programme", "KMK", Inovasi dan penyelidikan.

7.    Memastikan agar pembelajaran berterusan disemua peringkat kakitangan dikekalkan setiap masa.

 

AKTIVITI HARIAN

 

HARI / MASA

AM - PAGI

PM - PETANG

AHAD

Menopause Clinic, Urogynae Clinic, OT

Epau Clinic, Ultrasound Teaching, DVCC, Anomaly Ultrasound

ISNIN

General Gynae, Gynae Cancer Clinic, Anomaly Ultrasound

Outpatient Scan, Pre-OP Discussion

SELASA

Ante Natal Clinic, Combine Clinic (2 kali setiap bulan), Gynae Cancer Clinic, Fetal Management Clinic, GWR (3rd / 4th week), Anomaly Ultrasound

* Mesyuarat jabatan, Colposcopy, HO Teaching, Depart Meeting, Doppler Session, Anomaly Ultrasound

RABU

Infertility Clinic, Post Natal Clinic, OT

Epau Clinic, Outpatient Scan, Multiple Pregnancy Clinic

KHAMIS

Fetal Management Clinic, Ante Natal Clinic, Tumour Board Clinic, Menstrual Dysfunctional, Cancer Counselling Clinic, Molar

Epau Clinic, Fetal Management Clinic, Outpatient Scan

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan Obstetrik Pesakit Dalam

1.    Perkhidmatan Ginekologi Pesakit Dalam - Perkhidmatan ini meliputi 3 aspek utama iaitu dalam perkhidmatan pesakit luar, pesakit  di wad ginekologi dan pembedahan ginekologi . Perkhidmatan ini juga meliputi perkhidmatan ginekologi onkologi, perubatan infertiliti dan uroginekologi am serta pengurusan  mengenai komplikasi di awal kandungan.

2.    Perkhidmatan Gineonkologi Pesakit Dalam – Perkhidmatan gineonkologi di hospital ini termasuklah Program Mencegah Kanser, diagnosis kes-kes preinvasif dan displasia, mendiagnosis kes-kes baru, mengadakan rawatan susulan, pembedahan kes-kes kanser, kemoterapi, psikososial dan juga rawatan paliatif.

3.    Perkhidmatan gine-onkologi rawatan harian

4.    Klinik Pesakit Luar Am / Terpilih - (Kombinasi-antenatal / Menopos / Gine-onkologi / Infertiliti/ Uro-ginekologi / Klinik Disfungsi Haid (MDC) / Klinik Kolposkopi Displasia Vulva (DVCC) / Klinik Molar)

5.    Perkhidmatan Gine-onkologi untuk Wilayah Utara

6.    Perkhidmatan persenyawaan dalam rahim (Intrauterine Insemination)

7.    Perkhidmatan sokongan rumah gine-onkologi

8.    Visualized Inspection Of Acetic Acid (VIA)

9.    Perkhidmatan pembedahan ginekologi minor di Hospital Jitra

10.  Perkhidmatan Feto-maternal Wilayah Utara - pemeriksaan awal mengandung / sebelum bersalin, klinik pesakit luar, ultra sound untuk tumbesaran bayi,penjagaan semasa bersalin dan selepas bersalin.

 

 

* Untuk maklumat yang lebih terperinci boleh layari www.obgynanrush.com

 

MULTIMEDIA

foto audio
video interaktif

APLIKASI WEB

fb hospital  fb tabung darah  fkkm  Facebook JKN Kedah  rss  mobile web 

SISTEM ONLINE

direktori Manual Pengguna e-Direktori

e-Aduan Manual Pengguna e-Aduan/ISPAAA


mohmohmohmohanmmohmohmohmohmohmohmoh