image
Email 1GOVUC
MyCPD
Portal HRMIS
KKM Virtual Library
Semakan Pegawai Perubatan Berdaftar
Tanya Pakar
Muat Turun Borang

image
Panduan Rawatan di Klinik Pakar
Panduan Pesakit Dalam di Wad
Panduan Pelawat dan Masa Melawat
Panduan Waris Menjaga Pesakit di Wad
Bayaran Bil
Hak Pesakit dan Keluarga
Rentas Hospital

image
Skim Insurans Kesihatan Pekerja Asing
Caj Rawatan Hospital Bagi Warga Asing
English Version Website
Home / Latar Belakang LATAR BELAKANG

 

Hospital Sultanah Bahiyah telah mula beroperasi pada 29 Julai 2007 setelah proses pemindahan keseluruhan operasi telah siap sepenuhnya dari Hospital Alor Setar ke hospital baru. Hospital ini terletak di atas tanah seluas 28.33 hektar dengan keluasan kompleks hospital adalah 110,200m2. Jarak hospital ini adalah 6km dari pusat bandaraya Alor Setar dan kompleks hospital ini dapat dilihat dengan jelas dari Lebuhraya Utara Selatan (susur keluar Alor Setar Utara). Hospital baru ini telah menggantikan Hospital Alor Setar di mana hospital lama telah diberikan nama sebagai Hospital Sultanah Bahiyah Cawangan Lebuhraya Darulaman.

 

Sebagai hospital negeri, hospital ini menjadi rujukan 12 Klinik Kesihatan di Daerah Kota Setar / Pendang, 8 hospital kerajaan dan 11 hospital swasta. Hospital ini turut dilengkapi dengan Total Hospital Information System (THIS) yang mana operasi hospital dilaksanakan secara online. Kompleks hospital terbahagi kepada 4 bangunan utama iaitu Blok Sokongan Perubatan (menempatkan Klinik Pakar), Blok Wad, Blok Utama dan Blok Sokongan Bukan Perubatan (menempatkan Pejabat Pengurusan).

 

Sehingga tahun 2016, hospital ini beroperasi dengan katil rasmi sebanyak 1084 buah di mana 923 buah ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah dan selebihnya adalah di Hospital Sultanah Bahiyah II, Cawangan Lebuhraya Darulaman. Hospital ini dilengkapi dengan 12 Dewan Bedah, 6 Bilik Bedah Rawatan Harian dan 13 Bilik Bersalin.

 

Perkhidmatan kepakaran yang disediakan adalah seperti berikut :

1.    Perubatan Am (Gastroentrologi, Nefrologi, Kardiologi, Perubatan Respiratori, Dermatologi dan Penyakit Berjangkit.

2.    Pembedahan Am (Kolorektal, Pembedahan Pediatrik, Plastik dan Rekonstruktif, Urologi, Hepatopankreatobiliari dan Neurosurgeri).

3.    Ortopedik (Arthroplasti dan Spinal)

4.    Pediatrik (Rawatan Rapi Pediatrik)

5.    Obstetrik dan Ginekologi (Gynae Oncology, Maternal Fetal, Reproductive dan Urogynaecology)

6.    Anestesiologi (Rawatan Rapi)

7.    Otorinolaringologi (Pediatrik dan Head and Neck)

8.    Oftalmologi (Glaucoma, Vitroretina, Kornea)

9.    Psikiatri (Psikiatri dalam Komuniti)

10.  Forensik (Histopatologi)

11.  Anatomical Pathology Microbiology Hematology (Gastrointestinal and Liver Pathology)

12.  Pergigian Pediatrik dan Oral Maksilofacial

13.  Radiologi

14.  Perubatan Transfusi

15.  Perubatan Kecemasan

MULTIMEDIA

foto audio
video interaktif

APLIKASI WEB

fb hospital  fb tabung darah  fkkm  Facebook JKN Kedah  rss  mobile web 

SISTEM ONLINE

direktori Manual Pengguna e-Direktori

e-Aduan Manual Pengguna e-Aduan/ISPAAA


mohmohmohmohanmmohmohmohmohmohmohmoh