image
Email 1GOVUC
MyCPD
Portal HRMIS
KKM Virtual Library
Semakan Pegawai Perubatan Berdaftar
Tanya Pakar
Muat Turun Borang

image
Panduan Rawatan di Klinik Pakar
Panduan Pesakit Dalam di Wad
Panduan Pelawat dan Masa Melawat
Panduan Waris Menjaga Pesakit di Wad
Bayaran Bil
Hak Pesakit dan Keluarga
Rentas Hospital

image
Skim Insurans Kesihatan Pekerja Asing
Caj Rawatan Hospital Bagi Warga Asing
English Version Website
Home / Kerja Sosial

KETUA JABATAN

Kosong

Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan S52

 

PENGENALAN

Perkhidmatan  Kerja Sosial Perubatan merupakan salah satu daripada perkhidmatan sokongan klinikal di bawah Bahagian “Allied Health Professional”, Kementerian Kesihatan Malaysia.  Di hospital ini, Jabatan Kerja Sosial Perubatan  mula beroperasi sejak 16.12.1991 untuk memberi perkhidmatan sosial kepada pesakit dengan tujuan meningkatkan kefungsian sosial pesakit dan membantu mereka menangani masalah psiko-sosial serta emosi yang mengganggu kesihatan mereka. Jabatan ini mengendalikan kes-kes seperti penderaan kanak-kanak, ibu tanpa nikah, perkosaan, keganasan rumahtangga,  kes orang kurang upaya, penjagaan warga tua, bantuan kewangan dan  peralatan. Jabatan ini bekerjasama secara berpasukan dengan para pasukan rawatan perubatan yang lain dan seterusnya menyumbang kepada comprehensive total patient care.  Ini adalah selaras dengan definisi Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) di mana kesihatan bukanlah suatu keadaan ketiadaan penyakit, sebaliknya merupakan kesejahteraan mental, fizikal dan sosial seseorang dan di dalam masyarakat. Jabatan ini terletak bersebelahan Pusat Pendidikan Lanjutan di Aras Satu,  Blok Sokongan Perubatan, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

 

VISI

Jabatan Kerja Sosial Perubatan akan menjadi pusat rawatan psiko-sosial yang mampu memantapkan jiwa pesakit agar lebih berkeyakinan terhadap kewibawaan dan keupayaan diri supaya dapat kembali berfungsi dalam masyarakat.

MISI

Untuk meningkatkan kesejahteraan hidup pesakit dan mambantu mengembalikan kefungsian sosial mereka.

PIAGAM PELANGGAN

1. 85 % daripada rujukan pesakit dalam akan ditemui dalam masa 3 hari bekerja

2. Surat/Laporan yang diperlukan untuk rawatan lanjut di Pusat Rawatan luar akan disediakan         dalam masa  3 hari bekerja sebelum tarikh temujanji rawatan.

3. Surat/Laporan untuk permohonan bantuan ke agensi pemberi bantuan luar akan disediakan dalam masa  7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

OBJEKTIF

Memastikani perkhidmatan psiko-sosial diberi kepada pesakit dalam proses rawatan dan pemulihan,agar pesakit mendapat faedah maksima daripada rawatan perubatan.

Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat  kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan  yang diakibatkan oleh penyakit dan kecederaannya

FUNGSI

Memberi maklumat dan penerangan perkhidmatan atau kemudahan-kemudahan sosial yang disediakan dalam masyarakat

Memberi maklumat dan membuat rujukan ke sumber-sumber komuniti dan agensi

Membuat penilaian sosial, psiko-sosial dan ekonomi bagi mendapat kefahaman yang menyeluruh tentang masalah yang dihadapi oleh pesakit

Memberi sokongan emosi serta moral kepada pesakit akibat ketidakupayaan yang disebabkan oleh penyakit

Membantu pesakit memahami penyakit dan rawatan yang diterima

Melaporkan kepada pasukan perubatan tentang keadaan/masalah yang dihadapi oleh pesakit

Membuat perancangan secara berpasukan dengan para perubatan dalam rawatan dan pemulihan pesakit

Menjadi perantaraan (Liaison Officer) di antara pihak hospital dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO)

Membantu pesakit mengenaipasti permasalahan yang dihadapi

Menggunakan kemudahan-kemudahan dan sumber-sumber yang sedia ada serta mengenalpasti sumber-sumber dalam komuniti untuk membantu pesakit

AKTIVITI-AKTIVITI

Bantuan Praktikal

o    Kewangan

o    Alat Perubatan/Prothesis

o    Penilaian Sosio-Ekonomi

o    Kos Rawatan

o    Perancangan keluar wad

o    Penempatan di institusi kebajikan kerajaan & NGO

o    Networking dengan agensi-agensi pemberi bantuan dan rujukan

Terapi Sokongan

o    Rundingan

o    Kaunseling individu/keluarga

o    Khidmat Nasihat/Bimbingan

o    Sokongan emosi dan motivasi

o    Intervensi krisis

o    Modifikasi tingkahlaku

Pendidikan dan Pengajaran

o    Ceramah berkaitan masalah sosial kepada staf/IPTA/Komuniti

o    Latihan Praktikum Pelajar Universiti 1st Degree dan Master Programme

Penyelidikan dan Pembangunan

o    Penyelidikan kes yang berpunca dari masalah sosial dan kemiskinan

Tugas-tugas Spesifik

o    Perkhidmatan sukarela hospital

o    Projek  pembangunan dana iaitu Projek Intraocular Lens (IOL) bagi menjana dana sebagai sumber  petty cash

o      Penyertaan dalam projek komuniti Gos dan Ngos yang membawa manfaat kepada pesakit

Klasifikasi Kes Rujukan

o    Penderaan Kanak-kanak

o    Mangsa perkosaan

o    Kes Terbiar/terdampar (bayi/kanak-kanak/warga mas)

o    Keganasan Rumahtangga

o    Kes HIV/ AIDS

o    Ibu tanpa Nikah

o    Permasalahan tingkahlaku

o    Kes Kemiskinan yang berkaitan dengan penyakit (cth. malnutrition dll)

o    Kes Kecacatan Anggota & Mental

o    Kes Penjagaan Warga Mas

o    Masalah Discaj/tiada sokongan keluarga

o    Keperluan peralatan perubatan/tiruan dan pemulihan

o    Penempatan Institusi

MULTIMEDIA

foto audio
video interaktif

APLIKASI WEB

fb hospital  fb tabung darah  fkkm  Facebook JKN Kedah  rss  mobile web 

SISTEM ONLINE

direktori Manual Pengguna e-Direktori

e-Aduan Manual Pengguna e-Aduan/ISPAAA


mohmohmohmohanmmohmohmohmohmohmohmoh