image
Email 1GOVUC
MyCPD
Portal HRMIS
KKM Virtual Library
Semakan Pegawai Perubatan Berdaftar
Tanya Pakar
Muat Turun Borang

image
Panduan Rawatan di Klinik Pakar
Panduan Pesakit Dalam di Wad
Panduan Pelawat dan Masa Melawat
Panduan Waris Menjaga Pesakit di Wad
Bayaran Bil
Hak Pesakit dan Keluarga
Rentas Hospital

image
Skim Insurans Kesihatan Pekerja Asing
Caj Rawatan Hospital Bagi Warga Asing
English Version Website
Home / Kejururawatan

KETUA UNIT

Matron Hamidah binti Abdullah

Ketua Unit Kejururawatan U44

 

 

PENGENALAN

 

Unit ini bertanggungjawab keatas tugas-tugas penyeliaan jururawat yang berkaitan perkhidmatan , latihan dan kebajikan . Pada keseluruhannya pada tahun 2008 , terdapat 1,252 jururawat  yang  mana anggota jururawat merupakan anggota yang paling ramai berkhidmat di hospital ini dan mereka diagihkan ke semua jabatan, wad dan klinik mengikut  tugasan yang di tetapkan . Jururawat Terlatih U29 merupakan kategori  yang paling ramai iaitu 979 orang. Penyelia Jururawat ( 6 orang )  bertindak sebagi ”Area Matron ” dipertanggunjawab menjaga disiplin yang telah ditetapkan.

 

Matlamat utama unit  ini ialah untuk memberi  perkhidmatan kejururawatan yang berkualiti dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang terancang, efisyen dan efektif yang dapat memberi  kepuasan kepada pelanggan melalui Program Pembelajaran Berterusan Kejururawtan saperti aktivti kualiti.

 

VISI

Kejururawatan akan menjadi pasukan kesihatan yang dinamik dan responsif dimana setiap jururawat mampu memberi perkhidmatan kejururawatan yang efisien dan efektif secara professional dengan mengamalkan sikap penyayang serta menggalakkan penjagaan kesihatan kendiri dan penglibatan komuniti ke arah peningkatan kualiti kehidupan.

 

FALSAFAH

 

1.   Kami percaya pesakit berhak mendapat rawatan dari anggota kejururawatan yang berkelayakan, berpengalaman dan mempunyai personaliti yang professional untuk menjalankan tugas yang diamanahkan.

2.      Kami percaya pesakit berhak mendapat rawatan yang sesuai untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.

3.   Kami percaya pesakit berhak mengetahui perancangan rawatan yang dibuat untuk pesakit dan keluarga dan kesinambungan rawatan dapat diteruskan mengikut keperluan mereka.

4.    Kami percaya bahagian kejururawatan adalah persekitaran pembelajaran yang sesuai bagi pelatih-pelatih jururawat dan lain-lain paramedik yang berkaitan dengan bidang perawatan.

 

MISI


.    Untuk memberi perawatan berkualiti dan bekerjasama dengan ahli-ahli professional kesihatan untuk mewujudkan kesinambungan perkhidmatan bagi mencapai tahap kesihatan yang optima.
.    Bekerjasama dengan pelanggan dan komuniti bagi memperolehi status kesihatan yang berkualiti.
.    Mempromosi kesihatan, terlibat dalam rawatan pencegahan, kuratif dan rehabilitatif kepada individu, keluarga dan komuniti.
.    Memberi perawatan berdasarkan bukti-bukti saintifik dengan berlandaskan budaya penyayang, komited untuk menyumbangkan pengetahuan serta mempertingkatkan amalan kejururawatan dengan melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
.    Mengekalkan profesionalisma dengan mempertingkatkan tahap kompeten seiringan dengan perkembangan teknologi terkini.

 

 

 

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan kejururawatan yang berkualiti dengan memfokuskan perawatan holistik melibatkan fizikal, emosi, sosial dan keagamaan berpandukan nilai-nilai murni dan penyayang.

 

PIAGAM PELANGGAN

1.       Semua pesakit akan diberi layanan mesra dan adil

2.       Semua pesakit akan ditempatkan di katil dalam masa 20 minit selepas dimasukkan ke wad

3.       Setiap pesakit akan diberitahu 2 jam sebelum dibenarkan pulang

4.       Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara yang berkaitan ( seperti berikut ) sebelum dibenarkan pulang.


      . Maklumat temujanji
      . Caj bayaran hospital
      . Surat rujukan ( jika perlu )
      . Ubatan-ubatan
      . Nasihat


 

PERKHIDMATAN UTAMA YANG DISEDIAKAN

 

1.1       Rawatan Pesakit Dalam

Memberi perkhidmatan kepada pesakit dalam yang terdiri daripada semua  disiplin  seperti Perubatan Am, Pembedahan Am, Orthopedik, Obstetrik & Ginekologi, Paediatrik, Psikiatri, Rawatan Rapi,  dan Dewan Bedah.

1.2        Rawatan Pesakit Luar

Memberi perkhidmatan  kepada pesakit di klinik-klinik pakar dan Jabatan Kecemasan

1.3       Menyediakan Perkhidmatan  Sokongan Klinikal

·          Unit Bekalan Bahan Steril ( UBBS )

·          Unit Kawalan Infeksi.

 

1.4         Lain-lain Perkhidmatan - Khidmat Kaunseling, Pendidikan Kesihatan dan Aktiviti Peningkatan Kualiti (Dengan kerjasama Unit Kualiti)

 

 

AKTIVITI-AKTIVITI TERKINI / SEMASA

 

 Semua proses kerja kejururawatan dilaksanakan mengikut "sop" yang ditetapkan.
 Memberi fokus kepada aktiviti peningkatan kualiti melalui nursing audit dan kajian kepuasan pelanggan.

 

 

 

 

MULTIMEDIA

foto audio
video interaktif

APLIKASI WEB

fb hospital  fb tabung darah  fkkm  Facebook JKN Kedah  rss  mobile web 

SISTEM ONLINE

direktori Manual Pengguna e-Direktori

e-Aduan Manual Pengguna e-Aduan/ISPAAA


mohmohmohmohanmmohmohmohmohmohmohmoh