KETUA JABATAN
Dr. Fatahul Laham b. Mohamed
Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma (Gred Jusa C)
VISI
Memberikan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan yang Efisien, Cemerlang dan Mesra Pelanggan
MISI
Memberi Perkhidmatan Perawatan Perubatan Kecemasan dengan seberapa segera yang boleh bagi menyelamatkan nyawa dan mencegah komplikasi yang mana iaiya menepati keperluan masyarakat dan mengikut piawaian Perkhidmatan Perawatan Perubatan Kecemasan.
OBJEKTIF
· Mengkoordinasi semua Panggilan Perubatan Kecemasan bagi seluruh Negeri Kedah
· Memberi Perkhidmatan Pre-Hospital dan Panggilan Ambulans
· Memberi Perawatan Perubatan Kecemasan di dalam Hospital
· Memberi Perkhidmatan Pusat Khidmat Bersepadu (One Stop Crisis Centrio”)
· Menyelaraskan Kesiapsiagaan dalam pengendalian Krisis dan Bencana
PIAGAM PELANGGAN
· Ambulans akan dihantar ke tempat kejadian dalam masa 5 (Lima) minit selepas menerima panggilan Kecemasan 999.
· Semua Pesakit di Zon Kritikal akan di lihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 5 (Lima) minit.
· Semua Pesakit di Zon Semi-Kritikal akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 30 minit
SISTEM TRIAGE
Pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan di Jabatan Kecemasan akan dikategorikan mengikut "SISTEM TRIAGE" di mana pesakit akan diasingkan mengikut kritikaliti. Jabatan ini tidak menggunakan sistem nombor giliran. Ini adalah bagi memudahkan kakitangan jabatan memberi rawatan segera kepada pesakit yang dikategori sebagai boleh mengancam nyawa.
ZON MERAH
Kes-kes kritikal akan diberi rawatan yang segera mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan ini. Pesakit akan diberi pemulihan dengan segera di mana keadaan pesakit tersebut dikategorikan boleh mengancam nyawa atau kematian jika rawatan segera tidak diberikan. Kes ini akan diberi rawatan di bahagian ZON MERAH.ZON KUNING
Kes-kes yang dikategorikan tidak teruk dan tidak mengancam nyawa. Kes-kes ini akan dirawat di ZON KUNING.ZON HIJAU
Dikategorikan sebagai kes-kes ringan dan ia tidak memerlukan rawatan segera dan tidak mengancam nyawa kecuali kes Asthma (dirawat di Asthma Bay).
* Untuk maklumat lanjut layari www.kecemasan2u.com