image
Email 1GOVUC
MyCPD
Portal HRMIS
KKM Virtual Library
Semakan Pegawai Perubatan Berdaftar
Tanya Pakar
Muat Turun Borang

image
Panduan Rawatan di Klinik Pakar
Panduan Pesakit Dalam di Wad
Panduan Pelawat dan Masa Melawat
Panduan Waris Menjaga Pesakit di Wad
Bayaran Bil
Hak Pesakit dan Keluarga
Rentas Hospital

image
Skim Insurans Kesihatan Pekerja Asing
Caj Rawatan Hospital Bagi Warga Asing
English Version Website
Home / ENT

 

KETUA JABATAN

Dr. Zulkifli bin Yusof

Ketua Jabatan Otorinolaringologi (Jusa C)


VISI
Menjadikan Jabatan ini sebagai pusat rawatan dan rujukan yang unggul dalam bidang Otorinolaringologi dan mempunyai kualiti perkhidmatan yang cemerlang serta mempunyai kelengkapan teknologi yang lengkap dan terkini.
 

MISI
Memberi perkhidmatan yang terbaik serta berkualiti, cekap, berkesan dan menyeluruh kepada semua pelanggan menerusi kelengkapan yang terkini. Ia mampu dicapai melalui personal yang komited, penyayang, beretika, berkemahiran dan profesional.
 

STRUKTUR ORGANISASI
Merupakan salah satu daripada sub-specialiti kepakaran yang pesat berkembang di hospital ini sejajar dengan perkembangan teknologi perubatan. Jabatan ini diketuai oleh seorang Pakar Perunding Kanan ORL, Pakar ORL, Pegawai Perubatan ORL, Pegawai Pemulihan Pendengaran, Pegawai Pemulihan Pertuturan dan Paramedik serta Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK). Struktur perkhimatan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu perkhidmatan Klinik Pakar yang memberi tumpuan kepada rawatan pesakit luar serta perkhidmatan sokongan dari pertuturan dan audiologi dan perkhidmatan pesakit dalam (wad).
 

FUNGSI UTAMA
Jabatan ini memberi perkhidmatan kepada pesakit melalui perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam (wad). Selain itu jabatan ini berfungsi melatih graduan program sarjana perubatan (ORL) dan pelatih-pelatih pembantu perubatan serta jururawat.
 

PENGENALAN
Jabatan Otorinolaringologi Hospital Sultanah Bahiyah merupakan sebuah jabatan sub spesialiti kepakaran yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan perubatan dan pemulihan masalah telinga, hidung dan tekak. Ia telah memulakan operasinya di Hospital Alor Setar sejak 1970an. Jabatan Otorinolaringologi Hospital Sultanah Bahiyah telah maju setapak dalam perawatan kepada pesakit dengan menggunakan sistem eHIS mulai 31 Mei 2008. Ia memudahkan penyimpanan data dan rekod pesakit secara berkomputer. Struktur perkhidmatan jabatan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu perkhidmatan  klinik pakar yang memberi tumpuan kepada rawatan pesakit luar dan perkhidmatan pesakit dalam (wad).
 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

A.         Perkhidmatan Pesakit Luar

i )         Klinik Pesakit Luar Pakar dan Konsultasi Pakar

  • Klinik ORL Umum
  • Klinik Paediatrik ORL
  • Klinik Alahan
  • Klinik Post- operation (selepas pembedahan)                 
 

ii )          Pemeriksaan ‘endoscopy’          

iii )          Pemerikssan menggunakan microscope          

iv )         Perkhidmatan Pembedahan Minor           

v )         Perkhidmatan Ujian Alahan  ( Skin Prick Test & serum lg E. )           

vi )         Perkhidmatan Analisa Cara Menelan ( Functional Endoscopic Evaluation of Swallowing – FEES )           

vii )        Perkhidmatan  Audiologi o    Ujian Pendengaran Diagnsotico    Rehabilitasi, Kaunseling Masalah Pendengarano    Saringan dan Tapisan pendengaran kanak-kanak berisiko mengalami masalah pendengaran          

viii)        Perkhidmatan Terapi Pertuturan.

ix )         Perkhidmatan Analisa Tidur (‘sleep study analysis’)

B.         Perkhidmatan Pesakit Dalam  ( Pesakit yang memerlukan rawatan lanjut )                                   

i)         Rawatan am                                  

ii)        Pembedahan sama ada secara kecemasan atau elekif.                                 

iii)         Oncologi

         iv)         Analisa tidur untuk pesakit obstructive sleep apnoea.

 

 C.               Lawatan Pakar ke Hospital Daerah ( Hospital Langkawi dan Sik)

D.               Kursus & latihan

Jabatan ini telah berjaya melaksanakan beberapa kursus kepada pegawai perubatan dan paramedik serta terlibat dalam CME (Continue Medical Education) di peringkat jabatan. Jabatan  juga megadakan sessi berkala 2 kali seminggu (Selasa dan Khamis petang) untuk post- graduate medical student dan seminggu sekali untuk jururawat dan paramedic. Jabatan juga telah berjaya melaksakan Kursus di peringkat nasional dan antarabangsa dengan kerjasama daripada Hospital Kuala Lumpur dan Hospital UKM. Jabatan juga mengadakan CME di jabatan, termasuk ‘Jounal Club’ dan ‘Radiology Conference’

E.         Kem Kesihatan

Jabatan turut menganjurkan  kem kesihatan dengan kerjasama Yayasan Sultanah Bahiyah dan badan-badan NGO dalam aktiviti kemasyarakatan.

 

 

JADUAL AKTIVITI HARIAN KLINIK

 

 

HARI / MASA

PAGI

(8.30 pg - 1.00 ptg)

PETANG

(2.00 ptg - 4.45 ptg)

AHAD

  • Pembedahan Major
  • Klinik Alahan
  • Kes-kes kecemasan
  • Klinik Audiologi
  • Terapi Pertuturan
  • Pembedahan Major
  • Kes-kes kecemasan
  • Klinik Audiologi
  • Terapi Pertuturan

 

ISNIN

  • Klinik Ulangan & Kes Baru & Kemasukan wad
  • Kes-kes kecemasan
  • Klinik Audiologi
  • Terapi Pertuturan

 

  • Kes-kes kecemasan
  • Klinik Audiologi
  • Terapi Pertuturan
  • CME (Journal Club)

SELASA

  • Pembedahan Minor
  • Klinik Ulangan & Kes Baru & Kemasukan wad
  • Kes-kes kecemasan
  • Combined Clinic - Cleft (Sekali Sebulan)
  • Klinik Audiologi
  • Terapi Pertuturan
  • CME (Continuous Medical Education) / Topic Discussion
  • Kes-kes kecemasan
  • Radiology Conference (2 kali/bulan)

RABU

  • Pembedahan Major
  • Klinik
  • Kes-kes kecemasan
  • Klinik Audiologi
  • Terapi Pertuturan
  • Pembedahan Major
  • Kes-kes kecemasan
  • Klinik Audiologi
  • Terapi Pertuturan

KHAMIS

  • Kemasukan Wad
  • Kes-kes kecemasan
  • Klinik Audiologi
  • Terapi Pertuturan
  • Klinik Kanak-kanak
  • Pembedahan Minor
  • Kes-kes kecemasan
  • Klinik Audiologi
  • Terapi Pertuturan
  • Saringan Pendengaran Kanak-Kanak di dalam wad (2.00 ptg - 4.30 ptg)

 

MULTIMEDIA

foto audio
video interaktif

APLIKASI WEB

fb hospital  fb tabung darah  fkkm  Facebook JKN Kedah  rss  mobile web 

SISTEM ONLINE

direktori Manual Pengguna e-Direktori

e-Aduan Manual Pengguna e-Aduan/ISPAAA


mohmohmohmohanmmohmohmohmohmohmohmoh