image
Email 1GOVUC
MyCPD
Portal HRMIS
KKM Virtual Library
Semakan Pegawai Perubatan Berdaftar
Tanya Pakar
Muat Turun Borang

image
Panduan Rawatan di Klinik Pakar
Panduan Pesakit Dalam di Wad
Panduan Pelawat dan Masa Melawat
Panduan Waris Menjaga Pesakit di Wad
Bayaran Bil
Hak Pesakit dan Keluarga
Rentas Hospital

image
Skim Insurans Kesihatan Pekerja Asing
Caj Rawatan Hospital Bagi Warga Asing
English Version Website
Home / Dietetik

 

KETUA JABATAN

En Khairul Nizam Bin Mat Nayan

Ketua Jabatan Dietetik Dan Sajian (Gred U54 KUP)

 

PENGENALAN

Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan satu unit sokongan klinikal yang penting dalam pengurusan pesakit di hospital. Jabatan ini memberi perkhidmatan khusus dalam penjagaan pemakanan pesakit melalui ‘Medical Nutrition Therapy’ yang melibatkan rundingcara dan perancangan pemakanan pesakit yang memerlukan terapi khusus serta penyediaan makanan bagi semua disiplin perubatan.

Perkhidmatan penyediaan makanan disediakan setiap hari sepanjang tahun, meliputi semua pesakit di wad yang mengambil diet normal dan terapeutik, melalui sistem pengagihan makanan sama ada secara berpusat (centralised plating) di HSB atau sistem pukal (decentralised plating) di HSBII. Waktu operasi perkhidmatan sajian bermula 6.00 pagi – 8.00 malam.

Perkhidmatan ‘Medical Nutrition Therapy’ dijalankan setiap hari bekerja sepanjang tahun. Bagi kes pesakit dalam yang dirujuk, perkhidmatan diberikan di wad berkenaan manakala perkhidmatan pesakit luar pula dijalankan di Klinik Diet melalui temujanji ataupun secara ‘walk-in’.

VISI

Jabatan Dietetik Dan Sajian akan menggembeling tenaga bagi memberikan perkhidmatan makanan yang mantap dan berkualiti di samping memperkembangkan perkhidmatan dietetik klinikal secara inovatif dan berdaya saing dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan semangat kerja berpasukan

 MISI

Berusaha dengan penuh komited untuk menyediakan makanan bermutu, lazat dan berkhasiat serta memenuhi keperluan nutrien dengan berpandukan prinsip-prinsip kebersihan dan keselamatan  makanan selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

Sentiasa komited dalam melaksanakan perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan dengan mengutamakan kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik ke arah perkhidmatan berkualiti dan efisien.

OBJEKTIF

Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan Dietetik

1. Menyediakan perkhidmatan dietetik klinikal kepada pesakit dalam yang dirujuk di HSB dan HSBII.

2. Mengadakan klinik diet untuk pesakit luar.

3. Memberikan perkhidmatan diet kauseling bagi program ‘cardiac rehabilitation programme’, ‘stroke ward round’, ‘wound care ward round’, ‘nutrition support team’, ‘obesity combined clinic’, kelas pendidikan pesakit diabetis, klinik strok, dan klinik berhenti merokok.

4. Memberikan perkhidmatan dietetik kepada pesakit dalam dan luar di hospital-hospital daerah iaitu Hospital Langkawi, Hospital Jitra, Hospital Kuala Nerang dan Hospital Yan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

5. Memberikan perkhidmatan dietetik kepada masyarakat melalui sambutan hari-hari kesihatan, kempen cara hidup sihat, serta memberi ceramah pemakanan kepada institusi awam dan swasta berdasarkan jemputan.

6. Memberi latihan kepada pelajar dietetik daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

7. Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan dalam peningkatan mutu perkhidmatan.

 

Perkhidmatan Sajian

1. Menyediakan empat kali hidangan makanan normal dan teraputik kepada pesakit dalam wad Hospital Sultan Bahiyah dan HSB II.

2. Menyediakan makanan kepada doktor yang bertugas atas panggilan dan doktor serta paramedik yang bertugas berterusan di Dewan Bedah mengikut kelayakan.

3. Membekalkan susu formula bayi bagi kegunaan bayi atas preskripsi Pegawai Perubatan.

4. Membekalkan produk enteral ke wad atas preskripsi Pegawai Perubatan atau Pegawai Dietetik.

5. Menyediakan bahan bekalan kering kepada petugas Bilik Gerakan sewaktu berlaku bencana.

6. Memberi latihan kepada pelatih katering dan pelatih dietetik daripada IPTA.

7. Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan dalam peningkatan mutu perkhidmatan.

PIAGAM PELANGGAN

1.       Diet akan dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut Kelas 1, Kelas 2, Kelas 3 dan wad Kanak-kanak.

2.       Kami menyediakan diet yang berkhasiat, berkualiti dan sesuai dengan penyakit pesakit.

3.       Kami sentiasa memastikan semua diet yang disediakan adalah bersih, selamat dan halal.

4.       Semua sajian makanan disediakan dan diagihkan ke wad mengikut waktu yang ditetapkan:

·         Sarapan pagi             :    7.30  – 8.00 pagi

·         Makan tengahari      :    11.30 – 12.00 tengahari

·         Minum petang          :    2.00 – 2.30 petang

·         Makan malam           :    5.00 – 5.30 petang

5.       Semua kes baru pesakit dalam yang dirujuk kepada Pegawai Dietetik akan dilihat dalam masa 24 jam hari bekerja.

6.       Semua kes pesakit luar yang dirujuk kepada Pegawai Dietetik akan dilihat berdasarkan temujanji.

Bagi mencapai keperluan Piagam Pelanggan, pihak wad perlu :-

1.       Memastikan pesanan diet dilaksanakan dengan tepat dan lengkap dalam tempoh masa yang ditetapkan.

2.       Mematuhi masa pengambilan diet dan memeriksa bilangan serta jenis diet yang betul.

3.       Memastikan peraturan dan prosedur keselamatan makanan dipatuhi.

 

MULTIMEDIA

foto audio
video interaktif

APLIKASI WEB

fb hospital  fb tabung darah  fkkm  Facebook JKN Kedah  rss  mobile web 

SISTEM ONLINE

direktori Manual Pengguna e-Direktori

e-Aduan Manual Pengguna e-Aduan/ISPAAA


mohmohmohmohanmmohmohmohmohmohmohmoh