image
Email 1GOVUC
MyCPD
Portal HRMIS
KKM Virtual Library
Semakan Pegawai Perubatan Berdaftar
Tanya Pakar
Muat Turun Borang

image
Panduan Rawatan di Klinik Pakar
Panduan Pesakit Dalam di Wad
Panduan Pelawat dan Masa Melawat
Panduan Waris Menjaga Pesakit di Wad
Bayaran Bil
Hak Pesakit dan Keluarga
Rentas Hospital

image
Skim Insurans Kesihatan Pekerja Asing
Caj Rawatan Hospital Bagi Warga Asing
English Version Website
Home / Carakerja

KETUA UNIT

 

Norhidayah bt Musa

Ketua Unit Carakerja U44

 

 

PENGENALAN

 

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja berfungsi melatih semula pesakit yang mempunyai masalah dari segi fiikal, mental dan sosial supaya mereka boleh berdikari dalam semua aspek kehidupan seharian dan kembali dalam masyarakat. Pesakit yang menerima perkhidmatan ini merangkumi kes ortopedik, medical, nerologikal, kanak-kanak keperluan khas (Cerebral Palsy, Down Syndrome, dll) serta kes-kes berkaitan psikiatrik (neurosis, psikosis, psikomatik, mental subnormal).

 

VISI

Memberikan perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti tinggi bagi semua pelanggan supaya hak-hak pelanggan dapat dipenuhi secara optima

 

MISI

Kami berusaha dan berikhtiar untuk membina tenaga kerja yang komited dalam memberi perkhidmatan pemulihan berkualiti kepada semua pelanggan

 

OBJEKTIF UMUM

Menggalakkan, mengembalikan dan mengekalkan kefungsian individu dari sudut ketidakupayaan fizikal, dan / atau psikososial melalaui pemilihan aktiviti yang berguna secara saintifiknya, berperingkat dan dipantau secara berterusan

 

OBJEKTIF SPESIFIK

 

1.    Memberi rawatan pemulihan carakerja dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pesakit luar yang dirujuk.

2.    Memberi rawatan pemulihan carakerja dalam tempoh 24 jam hari bekerja untuk pesakit dalam yang dirujuk.

3.    Memastikan peralatan dan persekitaran dalam keadaan selamat bersih dan selesa sepanjang masa.

4.    Menggalakkan pembangunan sahsiah diri anggota melalui program pembelajaran berterusan

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Masa menunggu untk menerima rawatan tidak melebihi 10 minit
  2. Rawatan minima satu sesi adalah 30 minit
  3. Setiap pelanggan akan diberikan penerangan yang jelas berkenaan program
  4. Mengamalkan budaya korporat sepanjang rawatan
  5. Rawatan diberikan mengikut temujanji yang diberikan (pesakit luar)

  

PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

 

Disiplin Fizikal

Bagi disiplin Fizikal, ia merangkumi 3 bidang, iaitu :

 

BIDANG

PENGKHUSUSAN

MEDIKAL

Pesakit Luar

Pesakit Dalam

ORTOPEDIK

Pesakit Luar

Pesakit Dalam

BURN

Pesakit Luar

Pesakit Dalam

 

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan bagi disiplin Fizikal ialah :

  1. Penilaian dalam keberdikarian dari aspek aktiviti kehidupan seharian.
  2. Penilaian dari aspek kefungsian tangan.
  3. Penilaian kefungsian mental dari aspek kognitif dan perseptual.
  4. Penilaian dari aspek kefungsian memandu.
  5. Penilaian dari aspek keupayaan untuk bekerja.
  6. Program latihan aktiviti kehidupan seharian.
  7. Penyediaan splint bagi bahagian atas dan bawah badan.
  8. Penyediaan pakaian tekanan (pressure garment).
  9. Program Terapi Relaksasi
  10. Cadangan penggunaan serta penyediaan alat bantuan dan adaptasi peralatan.
  11. Program pendidikan bagi pesakit dan penjaga.

 

Disiplin Pediatrik

Bagi disiplin pediatrik, ia merangkumi 3 pengkhususan iaitu :

  1. Peads Pembelajaran
  2. Peads Fizikal
  3. Peads Pesakit Dalam

 

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan bagi disiplin Pediatrik ialah :

  1. Penilaian Perkembangan Kanak-kanak.
  2. Sensori Integrasi.
  3. Terapi Bermain (Play Therapy).
  4. Program Latihan Kemahiran Pra-sekolah.
  5. Penyediaan alat bantuan dan sokongan – splint.
  6. Program Latihan Aktiviti Kehidupan Seharian.
  7. Program Stimulasi ‘Sucking’ dan ‘Swallowing’.
  8. Program Pendidikan Bagi Penjaga/ Keluarga.
  9. Program Penjagaan di Rumah ( Home Care).
  10. Program Berteraskan Sekolah ( School- Based).

 

Disiplin Psikiatri

Bagi disiplin Psikiatri, ia merangkumi 3 pengkhususan, iaitu :

  1. Pesakit Luar (Day Care)
  2. Pesakit Dalam
  3. Penempatan Kerja

 

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan bagi disiplin Psikiatri ialah :

  1. Penilaian dalam keberdikarian dari aspek aktiviti kehidupan seharian dan kemahiran domestik.
  2. Penilaian Kefungsian Mental dan Fizikal.
  3. Program Latihan Aktiviti Kehidupan Seharian.
  4. Program Latihan Domestik.
  5. Program Latihan Kemahiran Kerja.
  6. Program Latihan Kemahiran Sosial.
  7. Program Latihan Berkumpulan (Art and Creative Therapy)
  8. Program Riadah dan Rekreasi.
  9. Program Terapi Relaksasi
  10. Program Pendidikan bagi Pesakit dan Penjaga.

 

 

PERANCANGAN AKTIVITI/PROGRAM BAGI TAHUN 2012

Disiplin Fizikal

  1. Program Kelas Strok
  2. Program Penjagaan Kaki Pesakit Diabetic
  3. Program Rehabilitasi Rehab
  4. Program Komuniti (Step-Down Care)
  5. Kelas Pendidikan Carpal Tunnel Syndrome
  6. Kelas Pendidikan De’Quervain Tenosynovitis
  7. Kelas Pendidikan Plantar Fascitis
  8. Kelas Pendidikan Spinal

 

Disiplin Pediatrik

  1. Program Pendidikan Latihan Kemahiran Ke Tandas
  2. Program Pendidikan  Kepentingan Bermain Bagi Kanak-kanak
  3. Progam Pendidikan  Pembentukan Tingkahlaku Positif Kanak-kanak
  4. Program Pendidikan  Pemulihan Kanak-kanak Cerebral Palsy

 

Disiplin Psikiatri

  1. Aktiviti Riadah dan Kemahiran Sosial
  2. Mini Telematch-Sukaneka

MULTIMEDIA

foto audio
video interaktif

APLIKASI WEB

fb hospital  fb tabung darah  fkkm  Facebook JKN Kedah  rss  mobile web 

SISTEM ONLINE

direktori Manual Pengguna e-Direktori

e-Aduan Manual Pengguna e-Aduan/ISPAAA


mohmohmohmohanmmohmohmohmohmohmohmoh