Bantuan Dan Sokongan
Sekiranya pengunjung laman web ini mempunyai sebarang masalah dalam melayari Laman Web Rasmi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), anda boleh menghubungi Unit Pengurusan Maklumat HSB melalui telefon 04-7406352/6360 atau melalui emel hsb@moh.gov.my
Berikut merupakan sedikit penerangan ringkas mengenai ciri-ciri utama yang terdapat di dalam laman web ini.
Menu Navigasi
Di bahagian atas laman web ini disediakan menu navigasi yang menyenaraikan maklumat asas mengenai Hospital Sultanah Bahiyah.
Ruangan untuk Kemudahan Pengguna
Laman Web HSBAS menyediakan sub laman 3 kategori pengguna iaitu:
* Warganegara - Ruangan untuk orang awam warganegara Malaysia
* Warga Hospital - Ruangan untuk Staf Hospital Sultanah Bahiyah
* Bukan Warganegara - Ruangan untuk orang awam warga asing
Pendaftaran dan Log Masuk ke emel kementerian (MOHCUBE)
Laman Web ini menyediakan kemudahan untuk staf hospital untuk log masuk /membuka akaun emel MOHCUBE
W3C Disability Access
Laman Web Hospital Sultanah Bahiyah ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas kanan setiap halaman. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.
Pengguna juga boleh memilih pilihan 3 warna yang disediakan iaitu ungu, biru dan kuning untuk keselesaan semasa melayari laman web ini.
Muaturun Borang, Gambar, Audio dan Video
Sekiranya pengguna ingin memuaturun mana-mana fail tersebut, pengguna boleh terus klik pada fail tersebut dan satu kotak akan keluar dimana pengguna boleh memilih untuk terus membuka fail atau simpan fail di mana-mana lokasi di dalam komputer pengguna. Untuk membuka fail pdf, pengguna memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Laman Web HSB Versi Telefon Bimbit
Untuk melayari Laman Web Hospital Sultanah Bahiyah melalui telefon bimbit, sila masukkan alamat web berikut http://hsbas.moh.gov.my/v2/modules/xobile/index.php di dalam telefon bimbit anda.
Suapan RSS
Laman Web ini menyediakan butang Suapan RSS dimana ia membolehkan pengguna menerima berita atau maklumat dari laman web ini terus ke desktop anda. Layari laman web ini http://www.rssreader.com/untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aplikasi ini.