• Laman Utama  
  • Soalan Lazim  
  • Hubungi Kami  
  • English Version  
  style blue style blue style blue style blue  style blue style blue style blue style blue style blue style yellow style blue 

  • First Image

    Persijilan Akreditasi MSQH

    Hospital ini telah mendapat persijilan penuh akreditasi untuk 3 tahun (28 April 2011-27 April 2014) dari MSQH


  • First Image

    Kesihatan Anda Keutamaan Kami

    Setiap kakitangan hospital ini sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk setiap pelanggan.


  • First Image

    Hospital Rakan Bayi

    Hospital ini merupakan salah satu hospital yang telah diiktiraf sebagai hospital rakan bayi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia


  • First Image

    eHIS

    Hospital ini merupakan salah sebuah hospital yang mengimplementasikan electronic Hospital Information System (eHIS)di dalam operasi seharian.



    Pautan Segera


    Panduan Pesakit
  • Pencapaian Piagam Pelanggan
  • 50 Cara Pelihara Persekitaran
  • Panduan Antibiotik Kebangsaan Caj Rawatan Pesakit
  • Senarai Singkatan

KETUA JABATAN

Pn Saripah Bt Saad

Ketua Jabatan Farmasi Dan Bekalan

 

WAWASAN
Untuk memberi Perkhidmatan Farmasi yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan negara.

 

MISI
Menerajui Perkhidmatan Farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan pada tahap kewibawaan yang tinggi, profesionalisme dan kecemerlangan sejajar dengan aspirasi dan cabaran negara.

 

OBJEKTIF

  1. Memberi perkhidmatan farmasi yang cekap dan berkesan kepada pesakit dalam dan luar.
  2. Mengembangkan penggunaan ubat yang rasional dengan menubuhkan Pusat Maklumat Ubat yang cekap dan berkesan dan mengamalkan konsep "Total Pharmaceutical Care" untuk semua pesakit.

 

PENGENALAN

Jabatan Farmasi merupakan salah satu jabatan perkhidmatan sokongan. Ia terdiri daripada 6 bahagian utama iaitu Farmasi Bekalan & Perolehan, Farmasi Klinik Pakar, Farmasi Pesakit Dalam, Farmasi Klinikal, Pusat Maklumat Ubat & Latihan dan Farmasi Pengeluaran & Prabungkus.

 

PERKHIDMATAN UTAMA JABATAN FARMASI

1.    Menguruskan perolehan dan pembekalan ubat dan bukan ubat di Hospital Sultanah Bahiyah.

2.    Pendispensan ubat-ubatan di Farmasi Klinik Pakar (Pesakit Luar) dan Farmasi Pesakit Dalam.

3.    Menjalankan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal pesakit dalam dan luar yang menyeluruh melalui perkhidmatan klinikal dan kaunseling.

4.    Menyampaikan maklumat yang tepat dan berterusan mengenai ubat-ubatan.

5.    Menyelaras latihan formal dan pembelajaran berterusan kepada pelatih anggota farmasi.

 

Jabatan ini melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan ini melalui unit-unit berikut :

 

1.    Unit Farmasi Bekalan & Perolehan (Stor Perubatan)

Menjalankan aktiviti perolehan dan pembekalan ubat-ubatan dan alatan perubatan kepada  jabatan-jabatan dan unit-unit di Hospital Sultanah Bahiyah.

 

2.    Unit Farmasi Klinik Pakar

Membekal ubat kepada pesakit luar dari klinik-klinik pakar dan Jabatan Kecemasan.

 

 

 

3.    Unit Farmasi Pesakit Dalam

Membekalan ubat kepada pesakit di dalam wad dan kepada klinik-klinik dan dewan bedah. Ubat-ubatan dibekalkan melalui sistem unit of use, unit dose  dan sistem floor stock.

Memberi khidmat bedside counseling dan bedside dispensing di beberapa wad.

 

4.    Unit Farmasi Klinikal

Berperanan memberi penjagaan farmaseutikal kepada pesakit-pesakit Hospital Sultanah Bahiyah. Melalui aktiviti-aktiviti berikut:

ü  Farmasi Wad

Aktiviti yang dijalankan adalah melakukan rondaan wad bersama pakar dan pegawai perubatan (Pharmacist’s round) bagi memantau perkembangan pesakit, bagi memastikan pesakit mendapat rawatan yang optima dengan penggunaan ubat yang rasional.

ü  Unit Pemonitoran Terapeutik Ubat (Therapeutic Drug Monotoring - TDM)

Menjalankan ujian ke atas sampel darah pesakit untuk menentukan paras kepekatan ubat yang telah diambil oleh pesakit tersebut.

ü  Nutrisi Parenteral (Parenteral Nutrition - PN)

Menyediakan PN dan memantau perkembangan pesakit-pesakit berkenaan termasuklah pesakit dewasa dan kanak-kanak.

ü  Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (Cytotoxic Drug Reconstitution - CDR)

Memberi perkhidmatan penyaringan preskripsi dan rekonstitusi ubat-ubat sitotoksik serta memberi kaunseling kemoterapi kepada pesakit kanser.

 

5.    Unit Pusat Maklumat Ubat dan Latihan

Berfungsi sebagai Pusat Sumber untuk sebarang maklumat berkaitan ubat-ubatan dengan berpandukan rujukan-rujukan yang tepat dan faktual. Unit ini juga berperanan menyelaras latihan formal untuk semua anggota farmasi, kajian-kajian farmasi dan melaporkan kesan adverse ubat, kesilapan pengubatan, aduan produk, data statistik pengurusan farmasi (PF), QAP dan laporan tahunan.

 

6.    Unit Farmasi Pengeluaran & Prabungkus

Menjalankan aktiviti penyediaan krim, losyen dan sediaan extemporaneous di samping menjalankan kerja-kerja prabungkus ubat tablet, krim dan losyen.

 

7.    Unit Farmasi Cawangan Lebuhraya Darulaman

Memberi perkhidmatan bekalan pesakit dalam dan luar untuk wad-wad Jabatan Respiratori, Psikiatri dan ACC, perkhidmatan Rawatan Terapi Gantian (RTG) Methadone dan perkhidmatan Traditional & Complementary Medicine (TCM).

 

PIAGAM PELANGGAN

Unit Farmasi Pesakit Luar

  • Pesakit akan menerima ubat-ubatan dalam masa 30 minit sekiranya surat ubat (preskripsi) itu sah, lengkap dan tidak bermasalah.
  • Ubat-ubatan yang dibekalkan adalah tepat, berkualiti, selamat dan berkesan.
  • Ubat-ubatan akan dilabel dengan lengkap dan jelas.
  • Layanan mesra setiap masa.
  • Pesakit akan diberikan kaunseling ubat-ubatan oleh pegawai farmasi bila perlu.

 

Unit Farmasi Pesakit Dalam

  • Pelanggan akan menerima ubat-ubatan sebelum jam 11.30 pagi melalui Sistem Unit of Use/ Unit Dose sekiranya pesanan dibuat sebelum jam 9.00 pagi, sah, lengkap dan tidak bermasalah.
  • Ubat-ubat yang dibekalkan adalah tepat, berkualiti, selamat dan berkesan.
  • Ubat-ubat akan dilabel dengan lengkap dan jelas.
  • Pesakit akan diberikan kaunseling/ khidmat nasihat ubat-ubatan.
  • Layanan mesra setiap masa.

 

Unit Farmasi Klinikal

  • Pesakit mendapat rawatan pengubatan yang optima melalui penjagaan farmaseutikal yang menyeluruh.
  • Penggunaan ubat yang rasional.
  • Ubat-ubat yang dibekalkan adalah tepat, berkualiti, selamat dan berkesan.
  • Ubat-ubat akan dilabel dengan lengkap dan jelas.
  • Layanan mesra setiap masa.
  • Pesakit akan diberikan kaunseling/ khidmat nasihat ubat-ubatan oleh Pegawai Farmasi bila perlu.

 

Unit Farmasi Perolehan dan Bekalan

  • Ubat-ubat dan bahan pakai buang akan dibekalkan dalam tempoh tujuh hari selepas inden diterima sekiranya inden tersebut lengkap dan tidak bermasalah.
  • Ubat-ubat yang dibekalkan adalah tepat, berkualiti, selamat dan berkesan.
  • Ubat-ubat dan bahan pakai buang akan dilabel dengan lengkap dan jelas.
  • Layanan mesra setiap masa.

 

Unit Pusat Maklumat Ubat dan Latihan

  • Menjawab pertanyaan mengenai ubat dan racun dalam tempoh tidak melebihi 24jam.
  • Mengemukakan semua medication error, adverse drug reaction dan incindent reporting yang diterima kepada pihak berkenaan dalam tempoh selewat-lewatnya satu minggu selepas kejadian.
  • Memastikan semua anggota mencapai mata CPD yang ditetapkan dengan mengadakan program latihan secara berterusan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Layanan mesra setiap masa.
Printer Friendly Page